Monday, August 25, 2014

Keganasan Rogol Di M'sia Mengerikan, Apa Alternatif...

 
Beberapa bulan yang lepas, negara kita telah dikejutkan dengan dua kes rogol yang amat menggemparkan.

Pertamanya adalah di Kelantan di mana dua remaja perempuan telah dirogol beramai-ramai dengan kejam oleh sekumpulan lelaki termasuk seorang bapa bersama dua orang anak lelakinya. Ini diikuti oleh satu lagi kejadian dilaporkan di Johor, di mana seorang kanak-kanak perempuan berumur 13 tahun dikatakan dirogol beramai-ramai oleh enam orang anggota tentera.

Terdapat beberapa kes rogol lain yang dilaporkan di media saban hari dan ada antaranya melibatkan tahap keganasan yang tidak masuk akal. Malahan, statistik dari pihak polis mendedahkan bahawa terdapat peningkatan hampir tiga kali ganda kes rogol yang dilaporkan dari tahun 2000 hingga 2009.

Pada tahun 2012, hampir 3,000 kes rogol telah dilaporkan. Ini bermakna lapan kes rogol dilaporkan setiap hari. Kemungkinan besar lebih banyak lagi jenayah seksual yang tidak dilaporkan, menjadikan kadar sebenar kejadian mungkin lebih membimbangkan dari yang disangka seperti yang dapat dilihat sekarang.

  
Demikian antara laporan dari Malaysiakini. 

Komen Weblog Ibnu Hasyum: Sila lihat..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails