Sunday, August 24, 2014

Kempen Hudud Sepatutnya Iringi Kempen Hentikan Rogol.






KEMPEN 'Laksanakan Hudud Kearah Penyelesaian Rogol' sepatutnya mengiringi kempen 'Hentikan Rogol: Aku Kisah!' yang dianjurkan NGO Citizens Against Rape.  

Demikian cadangan dari Weblog Ibnu Hasyim.

"Bukti-bukti sejarah dan amalan di beberapa negara Islam boleh membuktikan kejayaan Hudud.
"Apalagi di negara Malaysia yang di dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3) menyebutkan Islam sebagai 'Agama Bagi Persekutuan'. "Kata Editornya Dr Hj MohdHasyim.

Citizens Against Rapeakan mengajak semua pihak termasuk pihak berkuasa dan masyarakat bersama-sama bertanggungjawab mencegah jenayah itu yang dianggap semakin menjadi-jadi seperti yang dilapor media. Program yang bermula di empat bandar utama itu, turut disokong beberapa NGO wanita antaranya All Women’s Action Society (AWAM), Women’s Aid Organisation (WAO), Perak Women for Women Society (PWW) dan Sabah Women’s Action Resource Group (SAWO).

Pada 22 Ogos ini, aktiviti seperti berkumpul, berjalan dan tarian 1 Billion Rising diadakan di Medan Stesen Keretapi Ipoh mulai jam 5 petang. Sementara keesokannya pula, bermula jam 7.45 malam, akan diadakan majlis ucapan dan teater jalanan di pusat membeli belah SOGO, di Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu negara sebelum perarakan ke Dataran Merdeka bagi aktiviti nyalaan lilin.

Pada tarikh yang sama juga aktiviti yang sama diadakan di kawasan Marudi, Sarawak yang dijadual pada jam 4 petang dan di Sutera Harbour Resort, di Kota Kinabalu, Sabah pada jam 5 petang.

"Kami berhasrat untuk meningkatkan kesedaran orang awam bahawasanya jenayah rogol dan keganasan seksual adalah TIDAK boleh diterima; dan demi menuntut akauntabiliti pihak kerajaan untuk menangani jenayah rogol dan keganasan seksual secara efektif," kata kenyataan kumpulan itu semalam.
 

Penolong Pengarah Program Lee Wei San pula berkata pihaknya amat berharap semua pihak memberi sokongan terhadap usaha yang mereka lakukan demi menangani jenayah itu.

"Hudud amat sesuai perlaksanaannya di Nusantara ini, dan dibukti oleh sejarah seperti di Aceh, Melaka dan lain-lain. Mengapa kita masih membanggakan perundangan penjajah sedangkan perundangan kita sendiri telah terbukti kegemilangnnya?" Tanya editor weblog ini lagi.  (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

E-Buku IH-64: Rogol Di India
E-Buku IH-64: Rogol Di India

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails