Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, dengan berbuat demikian, kedua-dua parti telah memberi kata dua terhadap Sultan.
"Walaupun mereka keberatan terhadap titah Sultan, mereka boleh memilih untuk meluahkan dengan cara yang lebih halus yang membolehkan mereka mendapat ruang untuk berunding dengan Sultan.
"Sebaliknya mereka mencabar dan memberikan kata dua kepada Sultan, yang mana ia adalah biadap dan satu langkah politik yang kurang bijak yang hanya akan memburukkan lagi keadaan," kata Mustafa.
Beliau berkata menteri besar yang pelantikannya berdepan isu dari segi mendapatkan perkenan Sultan termasuklah Menteri Besar Perak, Tan Sri Mohd Ghazali Jawi (1974), Negeri Sembilan - Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (1999), Pahang- Datuk Abdul Rahim Abu Bakar (1991), Perlis-Tan Sri Shahidan Kassim (2008) dan Terengganu-Idris Jusoh (2008).
"Semua kes ini menunjukkan bahawa anda perlu bertindak dengan kebijaksanaan politik kerana kita mempunyai sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa dan peranannya tidak boleh diabaikan," kata Mustafa.
Peguam Datuk Salehuddin Saidin berkata, Sultan Selangor mempunyai hak untuk meminta lebih daripada satu nama.
"Ia adalah dalam kuasa dan budi bicara Sultan untuk meminta lebih nama (dan melantik sesiapa di antara mereka) selagi Adun mendapat sokongan majoriti dalam badan perundangan," katanya.
Peguam Syahredzan Johan bagaimanapun percaya bahawa kuasa dan budi bicara Sultan untuk melantik menteri besar adalah terhad.
"Dalam keadaan di mana Sultan tidak pasti sama ada calon mempunyai sokongan majoriti di dalam dewan, kuasa Diraja yang boleh menggunakan budi bicara boleh digunakan untuk menetapkan siapa yang diyakini.
"Bagaimanapun, 30 akuan berkanun oleh wakil rakyat yang menyokong Dr Wan Azizah adalah mencukupi untuk membuktikan bahawa beliau adalah orang yang mendapat sokongan majoriti," katanya.
Syahredzan berkata secara teori, kebuntuan antara DAP, PKR dan istana boleh membawa kepada krisis perlembagaan jika tidak dapat diselesaikan.
"Walau bagaimanapun, lambat laun saya berfikir bahawa Sultan akan melakukan apa yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan, jadi saya tidak melihat ini bertukar menjadi krisis perlembagaan."
Profesor Undang-undang Universiti Malaya Gurdial Singh Nijar berkata tidak ada peruntukan dalam undang-undang negeri yang memerlukan pencalonan lebih daripada dua calon untuk jawatan itu.
Bagaimanapun, beliau berkata, Sultan boleh menggunakan budi bicara dan meminta lebih banyak nama diberikan. (mStar)
Kalau sudah biadap, tidak beradat dan beradab sudah bokeh di kategorikan 'Derhaka'
ReplyDeleteBagaimana bila memegang kuasa pentadbiran kelak ? Sultan tentu sahaja di jadikan boneka dan di perkotak-katikkan. Walaupun menjadi pembangkang, kepatuhan kepada Perlembagaan dan Rukun Negara itu perkara wajib. Malah urusan Negeri juga melibatkan Kerajaan Pusat dalam hal-hal urusan penting.
Salah satu contoh yang nyata keingkaran LGE yang melanggar hak-hak Persekutuan dengan menubuhkan PPS yang tidak terikat dengan Undang-Undang Negara. Mana mungkin ? Terbentuk PPS maka Dap sudah di kategorikan sebagai Regime Sosialis...
Walauoun berkuasa dalam politik, realiti nya Pentadbiran Negeri mesti tertakluk kepada budibicara Sultan demi Negeri dan Rakyat nya.
Jadi, PKR, DAP dan PAS mesti sedar Malaysia BUKAN Negara Republik atau Hak milik sendiri ....
Betui2 umno saja hebat, terbilang mana ada lebih mulia,jujur,amanah dah tentu d puji d puja dalam dunia luar dunia betulkan. ? TAK DAK YG.HEBAT MACAM UMNO ,KAYA BELAKA.
ReplyDeletePerasan!
ReplyDelete