Wednesday, August 27, 2014

Kemukakan 3 Calon MB S'gor, Satunya Wajar Dari PAS...




Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Iskandar A Samad. Dia pun layak jadi MB. (gambar kanan)

Walaupun Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim memilih 'peralihan lancar' dengan menyatakan hasratnya meletakkan jawatan,  tetapi titah sultan yang meminta lebih daripada dua calon pengganti menteri besar mungkin memanjangkan lagi kemelut itu.

"Titah itu boleh ditafsirkan sebagai tanda-tanda bahawa calon tunggal Pakatan Rakyat Datuk Seri Wan Azizah Ismail, presiden PKR, bukan pilihan istana.

"Justeru, nasib Azizah masih penuh teka-teki walaupun beliau sudah mendapat sokongan majoriti daripada anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), sekurang-kurangnya 30 daripada 56 ADUN."
Demikian pandangan Malaysiakini hari ini.


Justeru, adakah peluang Azmin kembali cerah dengan perkembangan terbaru ini? Tetapi tinjauan Merdeka Centre baru-baru ini bagaimanapun mendapati Azmin masih seorang calon kurang popular.
Parti Sosialis Malaysia (PSM) pula yakin DYMM sultan Selangor akan, dengan kebijaksanaan baginda, menyanjung dan terus akur kepada perlembagaan negeri yang berpaksikan amalan demokrasi dan melantik menteri besar baru daripada parti yang mempunyai majoriti jelas dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut PSM, kelayakan sama ada seorang calon itu sesuai memegang jawatan menteri besar seharusnya diserahkan kepada parti yang memiliki majoriti jelas dalam DUN. Amalan demokrasi di Malaysia akan diperkasakan hanya jika semua pihak yang terlibat menghormati sistem Raja Berlembagaan yang menghadkan kuasa Raja kepada tugasan-tugasan tertentu .

"Andaikata tidak ada majoriti jelas, satu persidangan khas DUN harus dipanggil untuk memilih menteri besar baru. Dan jika DUN gagal menyelesaikan kemelut ini, maka satu pilihan raya negeri harus dipanggil untuk membolehkan rakyat mengundi parti dan seterusnya menteri besar dipilih secara amalan biasa." kata pengerusinya Dr Nasir Hashim selepas bermesyuarat pada 22 Ogos lalu.

Solusinya sekarang, wajarkah sorang lagi calon menteri besar diambil dari PAS? Kerana ADUN PAS berjumlah 15 melebihi  ADUN  PKR yang sudah tinggal 13 (14-1= 13)?

Kecuali kalau 2 ADUN PAS yang menyokong Wan Azizah sebagai MB lari meninggalkan PAS! (IH)

Lihat dari awal..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails