"Dan
pada hari itu bergembiralah orang beriman dengan pertolongan Allah. Dia
telah memenangkan sesiapa yang dikehendaki dan Dia adalah yang Maha
Berkuasa lagi Maha Mengasihi".
Kenyataan Kebanggaan dan Kemenangan (Rakyat yang mencipta kemenangan mereka)
" Inilah Dia Kenyataan Rasmi Dari HAMAS Selepas Berjaya Memalukan Dan Membunuh Keangkuhan Israel "
Perpaduan
rakyat kami bersama para pejuang dan ketahanan mereka mempertahankan
tanah air menjadikan mereka berjaya melawan musuh, menghadapi segala
pertaruhan dan mencipta kemenangan ke atas tentera Zionis.
Israel
yang zalim telah memaksa peperangan ke atas rakyat Gaza di bawah
penglihatan seluruh dunia. Mereka telah memulakannya dengan serangan bom
dari udara, darat dan laut dan mereka juga menggunakan senjata haram
yang telah dilarang oleh undang-undang antarabangsa sepanjang tempoh 51
hari.
Sepanjang tempoh itu, mereka telah meletupkan rumah-rumah,
sekolah-sekolah, masjid-masjid, kawasan pertanian, menara, serta
pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam. Mereka juga membunuh
kesemua ahli keluarga, dan jumlah yang terkorban melebihi 2100 orang
syahid dan lebih 11 ribu orang cedera. Kebanyakannya ialah kanak-kanak,
wanita dan warga emas.
Di
tengah-tengah peperangan tidak adil yang dilancarkan oleh Israel ini,
dan bersama dengan mereka pertolongan daripada kuasa-kuasa besar dunia
yang membenarkan jenayah yang mereka lakukan, di hadapan kelemahan dan
kehinaan Liga Arab yang tidak melakukan apa-apa, di tengah-tengah semua
itu, pejuang palestin telah berjaya mencapai kemenangan bersama sayap
ketenteraannya, dan yang paling kuat iaitu Briged Izuddin Al-qassam dan
Saraya Al-Quds.
Mereka dengan izin Allah yang utamanya dan dengan
keperwiraan mereka telah mampu mempertahankan rakyat dan melakukan
serangan balas terhadap musuh. Tentera Zionis telah menjadi kecut dan
perasaan itu telah menebal dalam diri mereka. Mereka takut nasib diri
mereka samada terbunuh atau tercedera atau diculik. Sebaliknya, pejuang
Gaza dan rakyatnya yang berada di belakang mereka telah berjaya mencipta
perpaduan, kerjasama, ketahanan, pengorbanan dan keperwiraan.
Mereka
telah berjaya menghancurkan penipuan yang dilakukan tentera Zionis,
menggagalkan konspirasi dan mimpi indah penceroboh rakyat Palestin.
Operasi mereka ialah kebangkitan untuk mencapai kemenangan dalam
peperangan "Dedaun Hancur" pada kali ini.
Wahai sekalian rakyat Palestin,
Kami
dalam gerakan Hamas berdiri pada hari ini penuh pujian dan kesyukuran
kepada pemberi kemenangan yang nyata iaitu Allah subhanahu wa taala,
maka ini adalah hari untuk tunduk patuh kepada Allah, dan juga untuk
memuliakan keupayaan rakyat kami, rakyat Palestin dalam keteguhan dalam
menghadapi cabaran, dan pengepungan yang berada di sekeliling
pejuang-pejuang dari dalam dan luar.
Sesungguhnya
kami dalam gerakan Hamas apabila mengisytiharkan kemenangan rakyat kami
dan para pejuangnya yang perkasa, kami akan menyebut dengan penuh
penghormatan dan penghargaan kepada roh-roh suci yang telah pulang ke
sisi tuhanNya yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita, lelaki, dan
keluarga- keluarga yang telah mempertaruhkan darah-darah mereka yang
suci dengan penuh kesabaran dan pengharapan sebagai bayaran untuk
mendapatkan hak-hak mereka iaitu kebebasan dan kehidupan yang mulia.
Peperangan
al-Asf al-Ma'kul ini juga telah membuktikan bahawa keseluruhan rakyat
kami di Gaza, Tebing Barat, Al-Quds, tanah terjajah tahun 1948, Negev,
Galilee, dan Diaspora adalah satu jasad yang sama, yang hidup kerana
memperjuangkan satu isu yang sama, iaitu menghapuskan penjajahan dan
membebaskan bumi ini dan Jerusalem.
Sesungguhnya
kami di dalam gerakan HAMAS dan pada hari kemenangan yang nyata dalam
peperangan Al-‘Asful Ma’kul (Dedaun Hancur Dimakan Ulat) ini, kami ingin
berdiri memberi penghormatan dan kemuliaan di hadapan rakyat Palestin
atas pengorbanan jasad-jasad dan sifat keperwiraan yang ditonjolkan
mereka pada kebersamaannya bersama pejuang Palestin.
Kami ingin
mennyatakan beberapa perkara berikut:
1. Pejuang Palestin telah menang dari sudut ketenteraan walaupun sebelum berakhirnya perang ini.
Pada
hari mereka berdiri di hadapan senjata keganasan Zionis penjajah, mereka
tetap cekal mempertahankan rakyatnya dan musuh telah menderita dengan
sebesar-besar kerugian yang mereka terima.
Mereka juga telah menggagalkan objektif serta kehendak musuh mereka pada kali ini dan menjadikannya hancur berkecai.
Kemampuan
pejuang Palestin untuk menyakitkan musuh serta mengejutkan mereka
dengan beberapa perkara seperti kekuatannya, ciptaannya, perkembangan
senjatanya, terowong-terowongnya, keberanian tenteranya,
operasi-operasinya yang menyelinap di belakang musuh.
Mereka
telah menang (dengan kurniaan Allah) pada peperangan kali ini dari
banyak siri-siri peperangan kami bersama penjajah dalam membebaskan
tanah suci kami sebelum ini.
2.
Pejuang Palestin tetap berdiri teguh dari sudut politik. Mereka
mempertahankan prinsip-prinsip mereka serta menjaga kepentingan rakyat
mereka dan menunaikan permintaan mereka, malah dengan kehendak merekalah
berakhirnya pengepungan ini. Mereka juga semakin kuat dari sudut media.
Mereka telah memalukan Israel dengan membongkar segala jenayah-jenayah
mereka dan menyebarkan audio-audio dan gambar-gambar perbuatan
tentera-tentera mereka.
Pejuang Palestin juga telah menang dari sudut
akhlak, mereka hanya mensasarkan serangan pada tentera-tentera penjajah
Israel dan pegawai-pegawai tentera mereka, tidak sepertimana yang
dilakukan oleh tentera mereka dengan membedil rakyat-rakyat kami yang
tidak bersalah.
3.
Peperangan Al-‘Asful Ma’kul yang disertai oleh pejuang-pejuang Palestin
dan sayap ketenteraan mereka ini telah membuktikan bahawa
pejuang-pejuang ini adalah pilihan rakyat kami di dalam dan luar negara.
Mereka juga mampu membalikkan timbangan manusia dalam menilai apakah ia
kekuatan dan apakah ia kelemahan, mereka mampu mengubah kaedah-kaedah
permainan politik dan ketenteraan, dan pada masa yang sama mereka mampu
mengumpulkan rakyat-rakyat Palestin dan seluruh ummat di muka bumi ini
dan menyatukannya di atas kalimah yang satu dan bendera yang satu, dan
merealisasikan harapan mereka untuk membebaskan dan mengembalikan tanah
suci ini.
Di atas pencapaian ini, tanggungjawab kami pada hari ini
adalah membina semula tanah ini dan kami akan berusaha untuk menjaganya
dan membina strategi pertahanan negara yang bersepadu yang berdiri di
atas asas-asasnya.
4.
Sesungguhnya semua cubaan provokasi dan pembohongan yang ditujukan
kepada pejuang Palestin dan rakyat kami telah gagal sama sekali. Mereka
yang melakukan pembohongan itu dan yang menyokong mereka telah
menanggung kekecewaan yang amat sangat. Mereka sedang meneguk kekecewaan
dari gelas kehinaan bersama dengan Israel.
Mereka telah tenggelam
dengan kecelakaan selepas rakyat kami bersama dengan pejuangnya yang
berani telah berjaya menyerang balas terhadap Israel dan menggagalkan
objektifnya.
5.
Sesungguhnya bumi Gaza ini adalah bumi yang suci sama seperti
keseluruhan bumi Palestin yang diberkati. Seperti mana bumi ini telah
disirami dengan darah syuhada' dan terkorban disebabkannya pemuda,
wanita, kanak-kanak dan orang tua, dan dipertahankan oleh para pejuang
yang melindungi mereka daripada perancangan musuh, seperti itu lah kami
akan mempersiapkan pembinaan semula apa yang telah dihancurkan oleh
Zionis dengan kebangkitan kami.
Seperti mana kita telah bersama-sama
mencipta kemenangan dalam peperangan ini, seperti itu jugalah kita akan
sama-sama mencipta kemenangan dalam pembinaan semula Gaza dan persediaan
kelengkapan sehinggalah kami mencapai kebebasan yang sempurna dengan
izin Allah.
6.
Sesungguhnya kami dalam gerakan HAMAS melakukan perkiraan dan penilaian
tentang pendirian negara-negara Arab dan negara-negara Islam sebenar
yang berdiri bersama mendukung perjuangan rakyat Palestin dan pejuangnya
yang berani serta memberikan tekanan kepada Zionis agar menghentikan
serangan dan menyokong hak rakyat Palestin.
7. Kami
menyeru kepada pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia supaya
mempercepatkan tindakan undang-undang terhadap pemimipin-pemimipin
penjajah Israel di dalam mahkamah jenayah antarabangsa. Mereka telah
melakukan pembunuhan yang sangat dahsyat sehingga mencapai kepada tahap
jenayah-jenayah perang dengan menyerang rakyat-rakyat yang tidak
bersalah dari kalangan kanak-kanak, wanita, orang-orang tua dan ahli
keluarga yang dihapuskan semuanya.
8. Kami
berterima kasih kepada setiap aktivisme yang memberi sokongan sama ada
dari sudut politik, media, dan gerakan- gerakan yang besar dan luas yang
menyokong rakyat Palestin dan menolak keganasan yang dilakukan Zionis
ke atas Gaza dari seluruh pelusuk dunia Arab dan Islam, serta
negara-negara lain seluruhnya. Kami memohon supaya bertambahnya tindak
balas terhadap dakwaan kami yang adil ini, serta mendedahkan
jenayah-jenayah yang telah dilakukan oleh Zionis terhadap rakyat kami,
bumi kami yang suci, dan tahanan-tahanan kami.
Semoga
Allah melimpahkan rahmat dan keampunannya kepada mereka yang syahid
dalam kalangan kami dan mengurniakan kesembuhan yang cepat kepada mereka
yang tercedera dan pembebasan kepada rakyat kami yang ditawan dan
ucapan kehormat buat sayap ketenteraan pejuang Palestin dan yang paling
kuat iaitu Briged Izuddin Al-Qassam.
Kami
berjanji akan meneruskan jalan perjuangan yang penuh berduri ini, kami
akan mencapai kemenangan demi kemenangan sehinggalah kami dapat
membebaskan tanah kami yang dijajah dan pulang ke sana. Kemenangan yang
jelas itu adalah dengan izin Allah SWT. Sesungguhnya bagi jihad ini,
samada kemenangan atau syahid.
"Katakanlah
dengan kurniaan Tuhanmu dan rahmatNya, maka disebabkan itulah
bergembiralah kamu, sesungguhnya ia lebih baik daripada apa yang kamu
kumpulkan (harta dunia)" (Surah Yunus: ayat 58)
Gerakan Kebangkitan Islam (HAMAS) Selasa 1 Zulkaedah 1435 H
hidup hamas
ReplyDelete