Tuesday, August 19, 2014

Kepimpinan PR Perlu Bertemu Segera. -Lim Kit Siang.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata pemimpin Pakatan Rakyat perlu merangkum strategi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pakatan itu. – Gambar fail The Malaysia Insider.




Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata pemimpin Pakatan Rakyat perlu merangkum strategi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pakatan itu. – Gambar fail The Malaysia Insider.














Pergolakan dan krisis kepimpinan membabitkan jawatan menteri besar Selangor yang hampir memecahkan gabungan pembangkang itu, mencalar dan melemahkan keyakinan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat (PR), kata Lim Kit Siang.

Ketua Parlimen DAP itu berkata, pemimpin gabungan pembangkang di semua peringkat seharusnya merangka strategi untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap mereka.

"Pemimpin PR di semua peringkat di seluruh negara tidak boleh menafikan PR tidak tercalar daripada krisis menteri besar di Selangor yang mencalarkan keyakinan rakyat pelbagai agama dan kaum," kata Lim yang juga ahli Parlimen Gelang Patah.
"Oleh sebab itu, kepimpinan PR perlu bertemu segera dan kerap merangka strategi bagi mengembalikan keyakinan orang ramai kepada pakatan yang musnah disebabkan krisis menteri besar Selangor."

PKR sebelum ini memecat keahlian Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR atas alasan beliau sering membuat keputusan membelakangkan keputusan parti.
Parti komponen PR itu kemudiannya menamakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggantikan Khalid.

Khalid bagaimanapun enggan berundur, sekaligus memecat enam anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dari DAP dan PKR, dan mengekalkan 4 Exco PAS untuk membolehkan kerajaan negeri terus menjalankan urusan mereka.

"Bagaimanapun terdapat perbezaan antara krisis yang dihadapi PR ini dalam sejarah enam tahun PR memerintah Selangor dengan kerajaan Barisan Nasional (BN)," kata Lim, dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Lim berkata, parti komponen PR adalah sama rata dan mempunyai hak bersuara sama rata dengan menyelesaikan segala perbezaan berdasarkan prinsip perbincangan dan kesabaran yang tinggi.

"Jika tiga parti – PAS, DAP, PKR – gagal menyelesaikan perbezaan mereka dalam PR, ia menandakan tamatnya pakatan PR," kata Lim.

Lim berkata, Umno dan BN sering menggunakan media sosial dan Internet mendakwa ketiga-tiga parti dalam PR menggunakan satu sama lain.

"Mereka menyebarkan mesej seperti pemimpin DAP adalah patung PAS, manakala PAS pula boneka DAP.
"Pemimpin DAP dan PAS bukanlah boneka, PKR juga bukan boneka PAS dan DAP," katanya.
Lim berkata, parti dalam PR itu sebaliknya tidak berada dalam politik untuk kepentingan diri sendiri, namun atas prinsip politik.
"Sebab itu PR jauh berbeza dengan model pakatan BN," katanya.

Rakyat juga, kata Lim, begitu ingin tahu kritikan yang dikeluarkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan turut menarik balik sokongan kepada pemimpin itu.

"Pak Lah, bekas perdana menteri sudah tentu menjadi orang paling gembira di Malaysia selepas membaca blog Dr Mahathir kerana beliau bukanlah perdana menteri terburuk," katanya merujuk kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang juga bekas perdana menteri selepas Dr Mahathir. – 19 Ogos, 2014. (TMI)

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

No comments:

Post a Comment