Thursday, August 21, 2014

Keputusan Pemilihan PKR: Dr W/Azizah Menang Tanpa Bertanding..

Keputusan pemilihan PKR mendapatkan  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menang tanpa bertanding sementara Azmin Ali kekal Timbalan Presiden. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2014.  
Keputusan pemilihan PKR mendapatkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menang tanpa bertanding sementara Azmin Ali kekal Timbalan Presiden. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2014. 

 Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan kedudukannya memegang jawatan tertinggi dalam parti apabila menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti sementara penyandang Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali menewaskan pesaingnya Saifuddin Nasution Ismail dengan 11,819 undi.

Azmin mendapat 22,562 undi berbanding 10,743 undi diperolehi Saifuddin.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang dikatakan sebelum ini pencabar utama Azmin, tidak lagi bertanding selepas dipecat dari parti pada 9 Ogos.

Sementara itu, Nurul Izzah Anwar (29,712 undi), Tian Chua (22,324), Shamsul Iskandar Mohd Akin (19839) dan Rafizi Ramli (18,887) meraih kerusi naib presiden.
Penyandang Naib Presiden Fuziah Salleh dan N Surendran gagal mempertahankan jawatan mereka selepas mendapat 16,809 dan 4,739 undi masing-masing.
Dalam keputusan yang mengejutkan, ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad mengalahkan Amirudin Shari dan Mohd Nazree Yunus untuk jawatan Ketua Pemuda PKR, walaupun keputusan tidak rasmi sebelum ini mendedahkan Amirudin mendapat kemenangan tipis atas Nik Nazmi.

Nik Nazmi, yang juga timbalan speaker DUN Selangor, memenangi 4,509 undi manakala Amirudin, yang juga Adun Batu Caves, menerima 4,259 undi. Nazree, yang juga naib ketua Pemuda PKR hanya mendapat 2,213 undi.

Penyandang Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin mengekalkan kedudukan beliau dengan 9,392 undi berbanding Rodziah Ismail 9,109 dalam pertembungan satu lawan satu. Keputusan penuh tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya PKR Datuk Johari Abdul pada satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

"Ini adalah keputusan muktamad dan tiada bantahan diterima setakat ini," katanya sambil memberi amaran kepada ahli yang tidak berpuas hati supaya tidak membawa masalah parti ke mahkamah.
Ini bertentangan dengan perlembagaan PKR dan boleh membawa kepada pemecatan dari parti.
"Mereka masih boleh membuat rayuan kepada jawatankuasa rayuan selepas kongres selesai. Jadi, ada banyak ruang (menyatakan bantahan). Ahli parti perlu gunakan kesempatan yang ada," katanya. – 21 Ogos, 2014. (TMI) 

Lihat sebelum ini.. 

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails