Sambil menegaskan beliau tidak akan menjawabnya sehingga menerima notis yang sah, menteri besar Selangor yang dalam proses penyingkiran itu sebaliknya menjelaskan mengenai "Langkah Kajang".
"Setakat ini, notis bertarikh 5 Ogos itu dilihat sebagai notis yang cacat tanpa butir relevan serta memadai bagai membolehkan saya untuk menjawab," katanya dalam surat yang ditujukan kepada Pengerusi Lembaga Disiplin Datuk Dr Tan Kee Kwong.
Khalid berkata apabila satu notis tunjuk sebab dikeluarkan, adalah menjadi keperluan utama bagi notis tersebut menyatakan dengan jelas dan spesifik semua tuduhan yang dikenakan. Katanya, wajar dijelaskan secara bertulis pelangaran yang dilakukan terhadap mana-mana peruntukan di dalam perlembagaan parti atau peruntukan lain di mana hukuman boleh dikenakan terhadapnya.
"Sementara menunggu notis tunjuk sebab yang sah, saya ingin menarik perhatian pada setiap masa material, Langkah Kajang adalah sesuatu perkara yang tidak dibincang oleh pihak berkenaan dalam cara yang efektif dan adil dengan dan kepada saya," katanya. – 6 Ogos, 2014. (TMI)
Lihat ini
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?
No comments:
Post a Comment