Wednesday, August 06, 2014

Khalid Diberi Hingga 8 OgosJjawab Surat Tunjuk Sebab




Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diberi tempoh hingga Jumaat untuk jawab surat tunjuk sebab ingkar kenyataan partinya. Gambar fail The Malaysian Insider. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diberi tempoh hingga Jumaat untuk jawab surat tunjuk sebab ingkar kenyataan partinya. Gambar fail The Malaysian Insider.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim diberi hingga Jumaat untuk menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin PKR berkenaan kenyataannya mengingkari keputusan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Pengerusi Lembaga Disiplin Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata Mesyuarat Khas MPP pada 15 Januari bersetuju dengan keputusan pertukaran menteri besar Selangor. Ia diikuti satu lagi Mesyuarat Khas MPP pada 21 Julai yang mencapai keputusan sebulat suara menggantikan Khalid dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang.

"Namun kenyataan media Khalid pada 22 Julai terang-terangan mengingkari keputusan Mesyuarat Khas MPP tersebut dengan menyatakan keengganan beliau meletak jawatan menteri besar Selangor.

"Mesyuarat khas Biropolitik pada 3 Ogos membincangkan perkara ini dan mengarahkan Lembaga Disiplin mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Khalid. Beliau perlu menjawab surat tunjuk sebab tersebut sebelum atau pada 8 Ogos 2014," katanya.

Menteri besar dua penggal itu pada ketika ini berdepan kemungkinan disingkirkan partinya sendiri.
Awal tahun ini, PKR mengambil Langkah Kajang untuk menukar Khalid dengan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menerima berbagai aduan tentangnya yang didakwa mentadbir negeri sesuka hati tanpa berunding dengan partinya, PKR atau pimpinan Pakatan.

Dia juga dikritik dalam caranya menangani beberapa isu lain seperti catuan air, rampasan bible versi Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor dan Lebuh Raya Kidex. Anwar sepatutnya bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang tetapi rancangan itu tergendala selepas Mahkamah Rayuan mendapati dia bersalah dalam kes Liwat II melibatkan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Isterinya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang bertanding menggantikan Anwar, menang kerusi dewan undangan negeri itu dan dipersetujui PKR sebagai paling layak menduduki kerusi menteri besar Selangor.

Bagaimanapun, Khalid bertegas dia tidak akan mengundur diri sehingga penggalnya tamat.
Isu menteri besar Selangor juga dikatakan menjadi salah satu punca populariti PR jatuh merudum di Selangor setahun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) setahun selepas PRU13 mendapati sokongan kepada PR jatuh kepada 35% berbanding 50% enam bulan sebelum pilihan raya. – 5 Ogos, 2014.(TMI)

Lihat ini..
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?
  E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?

No comments:

Post a Comment