Sunday, August 10, 2014

Khalid Masih MB, Tunggu Keputusan M/Dewan Diraja S'gor Esok.




Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di 'Kursus Perdana Haji' di Masjid Negara di Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 Ogos, 2014.  
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di 'Kursus Perdana Haji' di Masjid Negara di Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 Ogos, 2014.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengatakan masih menjadi menteri besar Selangor walaupun selepas PKR memecatnya semalam dan akan meneruskan tugas seperti biasa. Khalid berkata tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga selesai mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor esok dan tidak menolak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada PKR.

"Saya akan meneruskan tugasan sebagai menteri besar seperti biasa dan dinasihati untuk tidak membuat sebarang kenyataan sehingga satu mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor yang ditetapkan pada Isnin, 11 Ogos 2014," kata Khalid selepas menghadiri majlis di Masjid Negeri Shah Alam bersama Sultan Selangor.

Khalid berkata tindakan undang-undang juga akan diambil bagi mencabar keputusan partinya.

"Saya juga dinasihatkan peguam supaya tidak membuat sebarang kenyataan agar tidak mengganggu proses undang-undang yang mungkin akan diambil pada masa akan datang," katanya.

Beliau bagaimanapun membidas tindakan pemecatan tersebut kerana bertentangan dengan perlembagaan parti.

"Saya mengulangi kenyataan bahawa saya menerima keputusan PKR walaupun tindakan itu salah dan tidak menurut undang-undang serta bertentangan dengan perlembagaan parti," katanya.

Mengenai sama ada akan membuat rayuan kepada PKR selepas dipecat, Khalid berkata masih menunggu sehingga mesyuarat esok selesai. Khalid semasa menghadiri majlis bersama Sultan Selangor kelihatan tenang dan ceria walaupun berdepan tekanan hebat.

Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan kedudukan Khalid ketika ini bertaraf menteri besar bebas dan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) runtuh selepas pemecatannya. Bagaimanapun, PR masih menguasai pentadbir menguasai Dewan Undangan Negeri (DUN). Selagi tiada menteri besar baru dilantik, kerajaan PR tidak dapat dibentuk memandangkan Khalid sudah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bebas.

Khalid ketika ini hilang sokongan daripada partinya sendiri, beliau semalam secara rasminya dipecat selepas PKR memberinya surat tunjuk sebab minggu lalu. – 10 Ogos, 2014. (IMI)

Sila  lihat..  
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   

1 comment:

  1. Pecat Anwar Ibrahim dan Wan Azizah dan Konco2 Mereka dalam PKR..

    PKR akan menjadi Parti Tulen Memperjuangkan KeADILan bukannya memperjuangkan LIWAT, aGENDA liwat,

    Liwat Liwat Liwat tak abih abih...

    ReplyDelete