Monday, August 04, 2014

Khalid Terlibat Aktiviti Urus Niaga Jualan Tanah? -S/U PKR


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa terbabit aktiviti meragukan membabitkan urusniaga tanah, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Gambar fail The Malaysian Insider. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa terbabit aktiviti meragukan membabitkan urusniaga tanah, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Gambar fail The Malaysian Insider.

PKR hari ini mendakwa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terlibat dalam aktiviti meragukan membabitkan urus niaga jualan tanah di negeri itu.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, urusan jualan tersebut berlaku sejurus selepas tempoh sebulan Khalid mencapai penyelesaian luar mahkamah kes hutang dengan Bank Islam.

“Dalam tempoh sebulan selepas penyelesaian itu, kita dapati terdapat beberapa perkembangan yang menguatkan lagi keraguan membabitkan urus niaga berjumlah ratusan juta yang beri keuntungan kepada Eco World Berhad iaitu syarikat yang dikawal oleh Tan Sri Rashid Manaf sebagai pengerusi dan pemegang saham utama," kata Saifuddin di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini. – 4 Ogos, 2014. (TMI) 

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails