Militan rancang letup kilang Arak Shah Alam
Suspek militan Malaysia yang setia kepada kumpulan bersenjata Negara Islam membeli bahan membuat bom ekoran cadangan serangan terhadap kilang arak Carlsberg di Shah Alam, kata pegawai kanan antiterorisme.
Rancangan itu, yang menurut pegawai itu dalam peringkat “perbincangan”, pertama di Asia Tenggara, setelah diinspirasikan oleh kebangkitan Negara Islam di Syria dan Iraq, lapor Reuters.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin memberitahu Reuters bahawa kumpulan 19 suspek militan sudah memperoleh serbuk aluminium, yang selalu digunakan untuk pembuatan bom.
“Dalam bentuk ideologi dan niatnya ia sangat jelas,” Ayob Khan dipetik sebagai berkata ketika diwawancara.
Kumpulan itu, lapor Reuters lagi, tujuh daripadanya pernah didakwa bawah undang-undang antikeganasan dan senjata, merancang mengebom kilang bir Denmark itu dan sasaran lain termasuk pub. Menjawab soalan Reuters, Carlsberg Brewery Malaysia berkata, pihaknya “mengambil langkah yang perlu bagi memastikan keselamatan premis dan menjadikan keselamatan pekerja sebagai keutaman”.
Negara Islam kini menguasai utara Iraq yang menghampiri Baghdad dan menguasai bandar kedua Mosul. Ia menyemarakkan orang Islam yang radikal di Malaysia dan Indonesia, antaranya ekoran kefahaman bahawa “peperangan terakhir” akan meletus di wilayah Syria.
Banyak cara boleh difikirkan, contohnya seperti mengalihkan perniagaan minuman arak kepada minuman yang 'halal' dalam Islam, dan lain-lain. Sudah masuk dua penggal PKR memerintah Selngor, tidak ada usahapun atau niat pun untuk merubahnya. Perkerja-pekerja Islam di kilang arak sudah puluhan tahun bergelumang dalam dosa arak, bahkan sampai pencen, mungkin.
Sebuah hadis, "Diriwayatkan dari Anas RA bahawa Rasulallah SAW telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak,
- orang yang memerah arak,
- orang yang diminta arak diperah untuknya,
- orang yang meminumnya,
- orang yang membawanya,
- orang yang meminta dibawa arak kepadanya,
- orang yang memberi minum arak kepada orang lain,
- orang yang menjual arak,
- orang yang mendapat hasil daripada arak ,
- orang yang membeli arak,
- orang yang meminta dibelikan arak untuknya" (IH)
No comments:
Post a Comment