Persidangan Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR
SHAH ALAM: Persidangan Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR yang berlangsung pagi ini di sini tidak mendapat sambutan apabila hanya sebahagian tempat disediakan yang dipenuhi perwakilan.
Ketua
Wanitanya, Zuraidah Kamaruddin dalam ucapannya menyifatkan masih ramai
lagi perwakilannya yang sesat di dalam Stadium Malawati.
"Wanita diberi ruang yang besar di sini.
"Saya
difahamkan ramai yang masih sesat dalam stadium ini. Kena cepat-cepat ya
penuhi kerusi yang ada," katanya ketika memberi ucapan, hari ini.
Sementara
itu, berdasarkan perhatian Sinar Harian Online, setakat jam 9.45 pagi
hanya sebahagian kerusi yang disediakan penganjur dipenuhi perwakilan. Mengikut tentatif program yang disediakan kepada media, pendaftaran perwakilan telah bermula sejak 7 pagi tadi sehingga 9 pagi.
Kemudian diikuti ucapan Ketua Wanita Keadilan dan ucapan perasmian Naib Presiden Keadilan, Nurul Izzah Anwar.
No comments:
Post a Comment