Saturday, August 23, 2014

Kongres Wanita & AMK PKR, Kenapa Kerusi Tak Penuh?

 Zuraidah nafi kongres tidak dapat sambutan
Persidangan Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR

SHAH ALAM: Persidangan Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR yang berlangsung pagi ini di sini tidak mendapat sambutan apabila hanya sebahagian tempat disediakan yang dipenuhi perwakilan.
Ketua Wanitanya, Zuraidah Kamaruddin dalam ucapannya menyifatkan masih ramai lagi perwakilannya yang sesat di dalam Stadium Malawati.

"Wanita diberi ruang yang besar di sini.
"Saya difahamkan ramai yang masih sesat dalam stadium ini. Kena cepat-cepat ya penuhi kerusi yang ada," katanya ketika memberi ucapan, hari ini.

Sementara itu, berdasarkan perhatian Sinar Harian Online, setakat jam 9.45 pagi hanya sebahagian kerusi yang disediakan penganjur dipenuhi perwakilan. Mengikut tentatif program yang disediakan kepada media, pendaftaran perwakilan telah bermula sejak 7 pagi tadi sehingga 9 pagi.

Kemudian diikuti ucapan Ketua Wanita Keadilan dan ucapan perasmian Naib Presiden Keadilan, Nurul Izzah Anwar.

Yang ini gambar dari Kongres Angkatan Muda Keadilan pula.

No comments:

Post a Comment