Thursday, August 28, 2014

Konsert Good Vibes: Kemana Generasi Ini Dibawa? Tak Peduli Hujan..



HALAMAN HIBURAN

HUJAN lebat sejak jam 7 petang tidak menghalang lebih 9,000 penonton membanjiri Litar Kart Antarabangsa Sepang bagi menyaksikan konsert Good Vibes Festival 2014, Sabtu lalu.

Walaupun perkarangan pentas sudah becak dan bertukar menjadi padang lumpur selain beberapa persembahan terpaksa dibatalkan, namun masing-­masing tetap setia menantikan kemunculan artis pujaan terutamanya Ellie Goulding dan Empire Of The Sun. Dalam persekitaran yang tidak selesa, penonton tetap setia menunggu Ellie yang hanya muncul di pentas pada jam 12 malam. Beberapa jam sebelum gilirannya beraksi, Ellie memuat naik gambar di Instagram serta menyatakan kebimbangannya jika berkemungkinan per­sembahannya terpaksa dibatalkan.

Demikian meriahnya seperti lapor myMetro.

Foto
ELLIE Goulding memukau lebih 9,000 penonton dengan suara hebatnya.
Foto SESI akustik Ellie membuai semua hadirin.
Foto PERSEMBAHAN ala teaterikal Empire Of The Sun lain daripada yang lain
Foto

"Kemuncak persembahan itu menjadi lebih ‘gila’ tatkala lagu hit Alive di mana pada saat itu penonton bukan saja menyanyi bersama malah melompat-lompat menikmati dendangan itu.
"Dibahagikan kepada tiga pentas, selain pentas utama Red Stage, pentas Blue Stage pula tidak ketinggalan menampilkan ramai nama hebat termasuklah penya­nyi sedang meningkat naik, Banks.
"Sebaik penyanyi itu menakluk pentas berkenaan, penonton membanjiri perkarangan pentas itu semata-mata mahu menikmati alunan muzik serta suaranya yang seakan-akan Lorde.

"Namun, malang buat beberapa penghibur seperti Paperplane Pursuit, Bittersweet, +2dB dan Electrico apabila persembahan mereka dibatalkan atas faktor keselamatan.
"Antara artis lain yang turut menjayakan festival itu termasuklah Elizabeth Tan, Narmi, Froya, The Cotton Field Scarecrowes, Faiq & The Manja Mob dan !!!(Chk Chk Chk).
"Tidak ketinggalan di pentas ketiga iaitu Green Stage pula, pengunjung disajikan muzik daripada pelbagai era oleh DJ-DJ terkenal termasuklah Guiboo, Kyoto Protocol (DJ Set), Indiego & Co, Dangerdisko, dan Lapsap.
"Festival berkenaan dianjurkan Future Sound Asia dengan sokongan padu daripada Malaysian Major Events bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014 serta FlyFM sebagai radio rasmi manakala Hotlink sebagai syarikat telekomunikasi rasmi." Begitulah, antara saringan yang dipetik dari berita di atas.

Soalnya sekarang..
  • Remaja sekarang adalah pemimpin negara di masa akan datang. Beginikah bentuk pemimpin kerajaan Malaysia akan datang seperti yang ditunjukkan oleh kegilaan di atas?
  • Kemana halatuju mereka yang sedang ditarbiahkan oleh pemerintah masa kini?
  • Mampukah mereka menjadi ejen kerajaan untuk membawa pembangunan, rohani dan jasmani, untuk diri, masyarakat dan negara, di dunia dan akhirat?
Fikir-fikirlah. Na'auzubillahi min zalik.  (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails