HALAMAN HIBURAN
KL: Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Mariah Carey memilih Malaysia
sebagai lokasi sulung bersempena siri konsert jelajahnya di Asia
Tenggara yang bakal diadakan di Stadium Merdeka dekat sini pada 22
Oktober depan.Pihak penganjur konsert di negara ini dilaporkan berjaya mendapat bidaan bagi mendapatkan diva terkenal itu lebih awal berbanding negara lain seperti Singapura dan Filipina. Lapor mStar hari ini.
"Kuala Lumpur akan menjadi negara yang
pertama biarpun Singapura tidak gembira dengan keputusan pengurusan
penyanyi itu yang hanya akan mengadakan persembahan di Singapura dua
hari selepas konsert di sini," kata sumber industri yang enggan namanya
dikenali.
Difahamkan bayaran yang ditetapkan
oleh pihak pengurusan Mariah tidak kurang daripada USD1 juta (RM3.2
juta) iaitu harga sama semasa penyanyi itu mengadakan konsert di negara
ini pada tahun 2004. Mariah adalah artis
wanita paling berjaya dalam sejarah industri muzik Amerika Syarikat
dengan penjualan album sebanyak 200 juta unit di seluruh dunia dan 18
lagu yang diciptanya sendiri menduduki tangga pertama carta Billboard.
Mariah pertama kali mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada tahun 2004.
Konsert pertama Mariah di negara ini
pernah menimbulkan kekecohan ekoran imej seksi penyanyi berkenaan sehingga ahli
Parti PAS berarak di luar stadium Merdeka membantah penganjuran
persembahan itu.
Malangnya,
kerajaan Malaysia sendiri merasa bangga dengan kehadiran penyanyi
telanjang itu, kerana begitulah corak generasi muda Malaysia yang akan
dibentuk, walaupun Perdana Menteri Najib sendiri pernah mengakui
Malaysia adalah negara Islam. (IH)
1 comment:
Malaysia bukan negara Islam...tapi Negara i-selam...atau....1selam....kahkahkag
Post a Comment