Wednesday, August 06, 2014

Masalah S'gor Selesai Jika Wakil PAS Jadi MB


ibrahim-ali
PETALING JAYA: Penyelesaian terbaik bagi mengatasi krisis perebutan jawatan menteri besar di Selangor adalah dengan Pakatan Rakyat mencalonkan tokoh dari pihak PAS untuk menjadi menteri besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid, kata Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Menurut Ibrahim, kini PAS mempunyai 15 orang ADUN PAS lelaki dan turut mempunyai calon yang merupakan anak jati Selangor.

“Dari 15 orang ADUN PAS, pasti ada yang berwibawa, berakhlak baik dan mungkin diterima baik oleh baginda Sultan Selangor. Ini memandangkan, pasti sukar untuk PAS menerima seorang wanita untuk menjadi menteri besar,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Ibrahim, dulu di Perak, Pakatan Rakyat menerima calon PAS menjadi menteri besar, jadi tidak ada alasan untuk tidak menerima calon PAS menjadi menteri besar di Selangor.

“Jika benar Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR tidak berjuang untuk kepentingan peribadi, sebagaimana didakwa selama ini, terimalah calon PAS menjadi menteri besar,” katanya.

Sewaktu PRK Kajang, Anwar telah menyatakan bahawa isterinya Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail bukan calon menteri besar Selangor tetapi terbukti sebaliknya.

“Jika wakil PAS menjadi calon, nescaya, ia akan membantu ke arah kestabilan politik negeri Selangor.

Selain itu, beliau turut meminta Pakatan Rakyat mencari formula bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul di negeri itu demi kepentingan rakyat. Katanya lagi, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan bukanlah hak mutlak untuk dikuasai oleh PKR, DAP dan PAS, masing-masingnya.
“Bila ada masalah, maka carilah formula penyelesaian demi kepentingan rakyat,” katanya lagi. (FMT)

Lihat ini..
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?
  E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?

No comments:

Post a Comment