Cara atur Langkah Kajang wujudkan kemelut S'gor
Parti Sosialis Malaysia (PSM) sesungguhnya yakin DYMM sultan Selangor
akan, dengan kebijaksanaan baginda, menyanjung dan terus akur kepada
perlembagaan negeri yang berpaksikan amalan demokrasi dan melantik
menteri besar baru daripada parti yang mempunyai majoriti jelas dalam
Dewan Undangan Negeri (DUN).
Kelayakan sama ada seorang calon itu sesuai memegang jawatan menteri besar seharusnya diserahkan kepada parti yang memiliki majoriti jelas dalam DUN. Amalan demokrasi di Malaysia akan diperkasakan hanya jika semua pihak yang terlibat menghormati sistem Raja Berlembagaan yang menghadkan kuasa Raja kepada tugasan-tugasan tertentu .
Andaikata tidak ada majoriti jelas, satu persidangan khas DUN harus dipanggil untuk memilih menteri besar baru. Dan jika DUN gagal menyelesaikan kemelut ini, maka satu pilihan raya negeri harus dipanggil untuk membolehkan rakyat mengundi parti dan seterusnya menteri besar dipilih secara amalan biasa.
Jawatankuasa Pusat PSM yang bermesyuarat pada 22 Ogos lalu berpendapat cara Pakatan Rakyat menangani krisis menteri besar amat mendukacitakan dan memalukan.
Tikam menikam
Sepatutnya tiga parti yang membentuk kerajaan di Selangor ini bermesyuarat terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan terbuka bersifat tikam menikam dan menjadikan proses membuat keputusan begitu sukar sekali.
PSM juga berpendapat cara PKR mengaturkan “Langkah Kajang” dan memilih bakal MB tanpa terlebih dahulu berbincang dengan rakan-rakan dalam PR turut menyumbangkan kepada kemelut krisis Menteri Besar Selangor.
"Langkah Kajang” yang dihebohkan pada awalnya sebagai satu langkah menghindar rampasan kuasa daripada BN juga nampaknya tidak masuk akal dan ia semakin jelas sebagai usaha menyelesaikan pergelutan kuasa dalam PKR.
PSM juga berpendapat Tan Sri Khalid Ibrahim seharusnya undur dan letak jawatan memandangkan beliau tidak lagi mendapat sokongan majoriti. Namun kami juga berpendapat walaupun Khalid menjadi fokus utama, tetapi kepimpinan Pakatan juga harus bertanggungjawab atas calon-calon dan tingkah laku mereka.
Khalid ialah pilihan Pakatan sebagai calon menteri besar selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan jika ia pilihan salah maka Pakatan harus bertanggungjawab.
'Tuduh dulu baru minta tunjuk sebab'
PSM juga berharap sebarang tuduhan ke atas Khalid dilakukan secara profesional dan tindakan diambil melalui proses perundangan dan bukan melalui kerenah “politik”. Sememangnya tidak profesional tindakan menyebarkan tuduhan rasuah terhadap menteri besar secara terbuka dan baru selepas itu memberikan surat tunjuk sebab.
Ini menggambarkan proses tidak baik kepada cara pemerintahan Pakatan yang hendak ke Putrajaya dan menjadi alternatif kepada BN. Exco juga harus bertanggungjawab atas segala keputusan yang telah diambil bersama dan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mencuci tangan.
Mereka seharusnya lebih bertanggungjawab dan bukan sekadar melepaskan diri bercerita mengikut selera dan kehendak waktu. Proses menewaskan BN di Selangor adalah keputusan berani oleh rakyat yang memilih kerajaan Pakatan. Namun kepercayaan dan keyakinan ini tidak seharusnya dikhianati atas isu politik dalaman mahupun isu rebutan kuasa.

DR NASIR HASHIM pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Satu kenyataan TEPAT dan BETUL. Malangnya PKR masih menyalahkan Pas dalam kemelut yang mereka cipta sendiri. PKR tiru cara umno/bn dalam tindaktanduk mereka; Tuduh dulu kemudian cari2 bukti. Kalau tak ada reka2. When a lie is told hundred times people tend to believe it as the truth.
ReplyDeleteAku rasa pkr pakai tektik pil khudda daaaa...bls dendam pon yer jgak kot.biasa laa ahli siasah.cara mereka perghhhh...lebih senang baca feel buaya dr mamat siasah.pil khudda satu hal.yg kat penang cg bard dah 2 hal.cer tgok dr nasir still cool jwpn.walau kene tenyeh serban kat muka kt kota damansara.masih boleh wat statement tanpa emosi dan cuba berlaku adil.komeneh lenin marxis tu...adehhh sakit perut lak aku bila tgok perangai geng2 perasan betul manjang jer neh.
Delete