PAS menerima keputusan Pakatan untuk mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sahaja sebagai calon menteri besar Selangor.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad berkata, beliau juga
menghormati keputusan Timbalan Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali
yang menyokong keputusan PKR untuk menamakan Wan Azizah sebagai
pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Sebenarnya
PAS mencadangkan Azmin kerana kita dapat maklum dari pihak istana
kemungkinan istana tak sanggup terima Wan Azizah. Atas dasar itu kita
cadangkan nama Azmin sekali.
"Oleh kerana Azmin sendiri menarik diri maka kita tak boleh nak buat apalah. saya rasa ia bukan satu masalah
"Sebab utama kerana kita dapat maklumat dari istana. Itu sebab utama.
Tapi kita tengoklah. Sebahagian ahli PAS kata cuba dulu. Kalau sultan
tolak, biarlah sultan tolak. Maknanya, bukan kita (PAS) yang tolak, tapi
sultan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan forum di
Kuala Lumpur malam tadi.
Semalam, Pakatan Rakyat akhirnya memutuskan untuk mencalonkan Wan Azizah sahaja sebagai calon menteri besar Selangor Perkara itu baru diputuskan dalam mesyuarat majlis presiden PKR, DAP dan PAS di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor.
Sementara itu, Azmin ketika ditemui media menegaskan partinya dan
Pakatan lebih penting berbanding siapa yang menjadi menteri besar.
"Bagi saya, parti diutamakan. Saya beritahu rakan sejawat saya (dalam mesyuarat) kita mesti bekerja sedaya upaya untuk Pakatan.
"Saya amat percaya selepas krisis ini Pakatan dan PKR akan bertambah kuat," kata Amin (kiri).
Sebelum itu, dalam forum krisis Selangor yang diadakan di Dewan
Himpunan Cina Kuala Lumpur- Selangor malam tadi, Khalid turut
menjelaskan perkara yang menyebabkan Pakatan menolak Khalid Ibrahim
sebagai menteri besar.
Forum selama dua jam setengah yang turut dihadiri oleh AJK PAS Pusat Dr
Dzulkefly Ahmad, Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat dan pakar perlembagaan Dr
Abdul Aziz Bari antara lainnya turut membincangkan tentang sebab utama
PAS masih meletakkan empat orang exconya di dalam kerajaan negeri
Selangor. (MK)
Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
No comments:
Post a Comment