Kenyataan yang ditulis oleh Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan di laman Facebooknya
Tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencalonkan isterinya
yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disindir
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nasrudin Hassan.
Nasrudin dalam satu kenyataan ringkas di laman Facebooknya membidas
tindak-tanduk Anwar yang berkeras mahu mencalonkan Wan Azizah.
"Terdapat pihak ( khasnya alim ulamak ) yang menolak seorang wanita
menjadi pemimpin utama (Menteri Besar) berdasarkan nas dan khilaf
perbahasan ulamak bagi sebuah kerajaan negeri adalah PERKARA BIASA.
"Tetapi, apabila terdapat pihak yang hanya mahu isterinya sahaja menjadi
Menteri Besar bagi sebuah kerajaan negeri tanpa khilaf dan tidak perlu
diperbahaskan lagi kerana ia keputusan yang muktamad, maka ini adalah
LUAR BIASA," katanya.
Kenyataan itu dibuat ekoran keputusan PKR dan DAP yang tetap mahu
menamakan Dr Wan Azizah sebagai satu-satunya calon Menteri Besar
Selangor yang baharu biarpun pihak Istana menitahkan supaya parti-parti
dalam Pakatan Rakyat untuk mengemukakan lebih dari dua nama.
Pada Rabu, Anwar menegaskan bahawa keputusan pencalonan Dr Wan Azizah
adalah keputusan PKR dan ia harus dihormati parti lain dalam konteks
semangat Pakatan Rakyat kerana kerusi Menteri Besar Selangor adalah
milik parti itu. (IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?
5 comments:
Sudahlah DIN ... jangan KO anti-gender pulak doh . Kopiah tinggi membusut tapi hati tak pernah dilihat bersih dari syak wasangka . Tak dok pon yang mengatakan wanita jadi peminpin itu HARAM ! KO bertaubat lah , tak abis-abis jual agama . JOM ! kita masuk UMNO .... aper tunggu lagi .... lebih dari HELLFIRE KO bole pakai !!!
Klau org bese2 buat fitnah, tu perkara bese tpi klau ostaz malahan ulamak buat fitnah...tu luar bese. Org mcm nasharudin ni lebeh baik masuk umno bru sesuai ngan prangai hasad dengki munafik mi
Baru jadi MP dah beli Vellfire, lagi luar biasa.
cakap nasrudin tu memang betul. jangan marah dia. pergi marah anwar tu. kerana terbukti sudah bahawa anwarlah yg telah huruharakan rakyat dg cita2nya nak jadi mb. apa nak jadi dg anwar ni, tak habis2 .....
Kalau nak kata itu luar biasa, apa luar biasanya anak-anak dan menantu pemimpin parti Islami dan alami juga dapat jawatan MP, Adun, dalam parti, anak syarikat dan ahli majlis. Janganlah pendek akal sangat. Pendek akal tu lagi luar biasa. Cuba berfikiran terbuka dan beri peluang pada yang ada visi, misi dan strategi. Tak perlu yang pada hanya pandai guna di antara gigi dan gusi lagi era sekarang ni. Itu lagi amat-amat luar biasa dengan guna di antara gigi dan gusi boleh dapat banyak benda. Vellfire!!!!
Post a Comment