Wednesday, August 27, 2014

N/Aziz: Mudah-mudahan Keputusan Sultan Beri Manfaat Dunia Akhirat.






Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mengharapkan keputusan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor hari ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak.
 
Bekas menteri besar Kelantan itu dalam reaksi ringkasnya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di Kota Baru turut berharap mudah-mudahan keputusan itu dapat memberikan manfaat di dunia dan di akhirat.

"Berdoalah kepada Allah sebanyaknya mudah-mudahan keputusan yang dibuat Istana itu dapat memberi manfaat dunia dan akhirat, InsyaAllah," katanya.

Sultan Selangor hari ini menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Khalid sebagai menteri besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan.

Baginda membuat keputusan itu setelah menerima menghadap Khalid yang menyembah hasrat meletak jawatan sebagai menteri besar di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam. Keputusan baginda itu mahu memastikan pentadbiran kerajaan negeri berjalan dengan lancar dan teratur.

Selain itu Sultan Selangor juga menitahkan agar setiap parti dalam Pakatan Rakyat masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar yang baharu. – Bernama, 26 Ogos, 2014.

No comments:

Post a Comment