Saturday, August 16, 2014
Nik Abdul Aziz Nik Mat, Sokong 100% Boikot Barangan Israel
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyokong seratus peratus tindakan boikot barangan zionis Israel yang kini sedang mengganas dan bermaharaja lela di bumi Palestin.
Bagaimanapun menurutnya, jenis barangan boikot perlu dikenal pasti oleh satu jawatankuasa yang ditubuh khas dalam mengenali produk Israel atau yang sekutu dengannya. Katanya, dengan memboikot produk Israel bererti umat Islam khususnya di seluruh dunia dapat mengurangkan kekuatan rejim Israel.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan di Balai Seni Lukis Kelantan untuk menyaksikan pameran kartun Gaza, semalam. (Foto atas oleh UKMB) Pada masa yang sama, menurutnya umat Islam tanpa mengira bangsa setiap kali selepas solat mendoakan keselamatan umat Islam di Gaza dan semoga Allah memberikan petunjuk-Nya.
Beliau turut menyalahkan pihak Arab dari segi sejarahnya kerana membiarkan tanah Palestin itu dirampas zionis Israel walaupun telah mengetahui ia hak milik masyarakat itu.
“Kalau Yahudi nak tumpang duduk juga, duduk sama-sama dengan Arab tak boleh nak jadikan hak sendiri sehingga menghalau yang hak macam tu," ujarnya. - HARAKAHDAILY 16/8/2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment