Bekas menteri besar Selangor itu berkata PAS perlu diperingatkan selama ini pengundi Cina juga turut memberikan sokongan mereka apabila parti Islam itu berada bersama dalam PR.
"PAS akan kalah banyak kerana mungkin orang Cina tidak mahu mengundi PAS. Jangan kita 'sentimen Allahu Akbar' sahaja. Kita kena praktikal dengan keadaan pengundi.
"Jika kita silap percaturan, PR akan menang dan PAS yang tidak dapat undi. Jika ada pilihan raya di Selangor, saya ingat kurang-kurang PAS akan kalah 10 (kerusi)," katanya dalam Wacana Merdeka di Universiti Selangor di Shah Alam hari ini.
PAS sebelum ini mengambil pendirian yang berlainan dengan PR apabila memilih untuk memberi lebih nama calon menteri besar kepada Sultan Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis secara terbuka meminta PAS menyatakan sama ada mereka menentang keputusan PR menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai satu-satunya calon menteri besar Selangor kerana beliau seorang wanita.
Muhammad berkata berdasarkan pengalaman 10 tahun sebagai menteri besar Selangor, trend pengundian negeri ini dapat difahami dan PAS akan lebih selamat jika bersama PR. Katanya, apa jua keputusan yang diambil PAS, kelebihan pengundi Cina ketika bersama PR perlu diberi perhatian ketika ia memberikan satu sumbangan besar.
"Ini pengalaman saya 10 tahun jadi MB. Saya tahu trend. Kita jangan syok sendiri.
"Saya fikir jika PAS ada pendirian baru, PAS akan kalah banyak. Pengundi Cina akan tarik diri, tidak undi calon PAS. Saya sudah tengok trend pengundi di Selangor, PAS menang bukan dengan majoriti besar sangat.
"Kalau PAS ada pendirian berubah, kononnya PAS boleh berdiri dengan sendiri, dan katalah hendak berkawan dengan Umno, saya fikir Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat) banyak kali kata 'jangan percaya'. Ia akan berbalik cerita lama," katanya.
Beliau berkata Umno akan sentiasa mencari peluang bagi mengukuhkan sokongan rakyat terhadap parti Melayu itu walau dengan apa cara sekalipun.
Katanya, PAS sendiri pernah mempunyai pengalaman bekerjasama dengan Umno yang menyaksikan perhubungan itu tidak bertahan lama.
"Umno berkehendakkan PAS apabila ada sedikit menunjukkan kelemahan. Pada pandangan saya, PAS elok terus dalam PR. Umno biarkan dengan MCA dan MIC.
"Jika ada pandangan Umno dan PAS boleh mentadbir (bersama), itu cuma sementara. Apabila Umno dan Barisan Nasional dapat kuasa balik, katakan di Selangor, mereka akan menguis PAS keluar balik selepas berkuasa.
"Kita kena tahu kekuatan kita. Jangan kata kita sudah menang kita boleh ubah strategi akhirnya termakan dengan mainan politik Umno," katanya kepada kira-kira 100 hadirin di universiti itu. – 30 Ogos, 2014. (TMI)
4 comments:
Penjilat Anwar juga Mike Tyson ni rupanya. Kalah atau menang tu Allah swt yang tentukan manusia.
Penjilat Anwar juga Mike Tyson ni rupanya. Kalah atau menang tu Allah swt yang tentukan manusia.
Inilah jadi US dikuasai Yahudi kerana takut hilang undi.
Dah xlaku dlm umno nak tunjuk pandai lak dlm PAS..ingat org PAS nak percaya cakap org tua yg duit timbang kilo ni, bawa lari anak org kawin kat siam....bawa2lah taubat ..gi berguru dgn sementara ada kesempatan...
Post a Comment