Friday, August 01, 2014

PKR Berhak Ganti MB -KPRU

 
Badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) berpendapat, PKR bertindak dengan bertanggungjawab melalui cadangan untuk menggantikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut badan tersebut, keputusan parti itu tidak boleh dipersalahkan jika Khalid didapati tidak dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pasukannya. Ia memberi alasan bahawa parti politik yang memerintah berhak untuk menggantikan menteri besar kerana pengundi memilih parti dan bukannya tokoh tertentu seperti dalam sistem pilihan raya presiden Amerika Syarikat.

“PKR berhak mencadangkan usul untuk menggantikan ketua eksekutif negeri Selangor dengan calon yang lebih sesuai, dan pada masa yang sama, pemimpin yang ditolak oleh partinya sendiri tidak boleh terus menyandang jawatannya,” kenyataan itu dipetik.

Menurut KPRU, langkah berkenaan selari dengan lunas demokrasi dan juga tanggungjawab sesebuah parti untuk melantik calon untuk melaksanakan dasar kerajaan yang sesuai dengan prinsip parti. Kenyataan yang disiarkan di laman web KPRU Itu bagi mengulas kebuntuan di Selangor, selepas keputusan PKR pada 22 Julai lalu bahawa Khalid akan digantikan dengan Wan Azizah.

Bagaimanapun, PAS mengambil tindakan bertentangan dengan menyokong Khalid dikekalkan sebagai menteri besar – yang seterusnya membangkitkan kebimbangan bahawa satu pilihan raya mengejut perlu dijalankan di Selangor untuk membolehkan Pakatan mengekalkan mandatnya. (MK)



Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails