
PKR dan DAP menuntut exco PAS memulaukan mesyuarat exco esok ekoran pemecatan enam exco mereka oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (bawah) berkata beliau telah menghubungi Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memohon agar semua exco PAS menunjukkan solidariti bersama mereka yang dipecat.
Khalid hari ini memecat semua exco PKR dan DAP kerana tidak bersetuju bersama pasukannya mentadbir negeri Selangor.
Menteri besar Selangor itu menyatakan semua surat yang dihantar kepada lima exco, tiga dari DAP dan dua dari PKR hari ini berkuatkuasa serta. Bagaimanapun Khalid menyatakan belum menulis surat kepada Rodziah Ismail kerana berada di luar negeri.
Guan Eng berkata beliau terkejut dan tidak faham bagaimana Khalid yang mengetuai kerajaan Pakatan Rakyat boleh memecat lebih separuh dari exconya itu. Justeru beliau menyatakan tidak dapat menerima perbuatan Khalid memecat mereka.
"Khalid perlu ingat beliau jadi menteri besar kerana mandat yang diberikan kepada Pakatan dan bukan kerana namanya Tan Sri Khalid.
"Oleh itu kerana surat pemecatan ini dihantar sedemikian DAP dan PKR tidak dapat menerima pemecatan berkenaan," kata beliau.
Guan Eng turut meminta agar semua penyokong Pakatan terutamanya di Selangor untuk bersabar sehingga krisis ini berakhir.
Anwar yakin tiada pengkhianat
Sementara itu Anwar berkata beliau yakin bahawa semua ADUN PKR dan DAP tidak akan mengkhianati atau meninggalkan parti berikutan perkara ini.
"Saya yakin. Semua mereka (ADUN) berada di tingkat atas," kata beliau.(MK)
Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

No comments:
Post a Comment