Saturday, August 30, 2014

Premis Jual Barang Tiruan Dirampas Di Jalan Petaling.

 
PENGGUNA

Sebanyak 1,070 pelbagai jenis barangan tiruan bernilai RM250,000, antaranya beg tangan dan dompet dirampas dalam Ops Barangan Tiruan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di sekitar Jalan Petaling, di Kuala Lumpur semalam.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa KPDNKK Putrajaya, Aminuddin Muhammad berkata operasi yang dijalankan lebih dari tiga jam bermula pukul 3 petang itu melibatkan serbuan ke atas empat buah premis termasuk sebuah gerai di sekitar jalan itu.

"Seramai 10 anggota penguatkuasa KPDNKK dan tiga anggota polis dari Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah membuat serbuan di lokasi-lokasi berkenaan, bagaimanapun pemilik premis berjaya melarikan diri.

Hasil siasatan mendapati premis-premis berkenaan diuruskan penjual berbangsa asing dan berdasarkan rekod imigresen yang ditemui, dipercayai pemilik premis itu juga bukan warga tempatan," katanya kepada Bernama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011.
- Bernama

No comments:

Post a Comment