PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta supaya
semua ahli di dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya bertenang menghadapi
krisis yang semakin meruncing berkenaan isu pertukaran Menteri Besar
Selangor.
Kemelut yang dihadapi PR berlaku apabila terdapat
percanggahan pendapat antara Presiden PAS dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri
Anwar Ibrahim. Sebelum ini Anwar telah mencalonkan Presiden PKR, Datuk
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB bagi menggantikan Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim.
Namun, Majlis Syura Ulama PAS menyatakan pendirian menolak cadangan PKR
untuk melantik Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baharu, sebaliknya
mempertahankan Khalid untuk kekal di posisi yang dipegang beliau
sekarang ini.
“Saya menyeru kepada semua ahli supaya bertenang dan meminta pertolongan daripada Allah dengan bersabar dan sembahyang.
“Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi
orang-orang yang khusyuk. (Al Baqarah-45),” katanya di dalam laman
Facebooknya.
Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata
keempat-empat Exco PAS Selangor akan menjalankan tugas seperti biasa.
“Kerajaan negeri masih lagi wujud dan berfungsi seperti biasa sebelum menunggu keputusan yang akan diumumkan daripada PAS Pusat.
1 comment:
PAS ni PArti Anak Syaitan.Mcm lalang terutama skali presiden nye. Ni nk berkawan pllak dgn Umno. Dan npk temberang dia dah. Dah lama dah perangainye tapi skrg jelas skali warna belang nye.
Post a Comment