KL: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) N1 Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kubor, Kelantan adalah medan untuk Pakatan Rakyat menilai prestasi setelah terpaksa menghadapi liku konflik yang timbul dalam isu Menteri Besar Selangor.
Pengarah Jabatan Pilihanrayanya, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, Pakatan Rakyat boleh menilai mood rakyat terhadap gabungan parti itu setelah sedikit tercalar akibat konflik yang timbul yang sehingga hari ini belum dapat diselesaikan secara keseluruhannya.
PKR juga, katanya boleh mengambil kesempatan ini bagi menzahirkan parti itu kukuh dan sudah pulih daripada konflik serta tidak mempunyai perpecahan seperti yang digambarkan oleh pihak-pihak tertentu.
"Kami berpandangan, pilihanraya kecil itu adalah satu medan penting untuk Pakatan Rakyat itu sendiri bagi memulihkan kembali imej di mata rakyat khususnya seterusnya meyakinkan mereka untuk terus bersama Pakatan Rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, Pengkalan Kubor juga seharusnya menjadi gambaran kepada rakyat bahawasanya kerjasama Pakatan Rakyat sangat utuh dan akan terus dikekalkan bagi menghadapi seteru utama iaitu Barisan Nasional dan segala konflik yang timbul akan diselesaikan secara musyawarah.
Katanya lagi, Pakatan Rakyat perlu mengadaptasi semangat setiakawan mereka di Pengkalan Kubor dengan ketiga-tiga parti mengerah seluruh tenaga bagi mencapai matlamat untuk merampas kedudukan kerusi tersebut yang dimenangi oleh Barisan Nasional sebelum ini seterusnya memperteguhkan lagi kekuatan Pakatan Rakyat di negeri Kelantan.
"Bagi peringkat Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Perak, kami akan menunggu arahan yang dikeluarkan PAS dan sentiasa bersedia untuk mengerah tenaga bagi membantu gerak kerja pilihanraya walaupun kerusi tersebut ditandingi oleh PKR.
"Sebelum menerima arahan, kami akan mengarahkan seluruh jentera membuat persediaan dari pelbagai aspek dalam hasrat memenangkan Pakatan Rakyat," katanya.
Sementata itu, di Kotan Bharu, Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan menerima sijil kematian Adun Pengkalan Kubor dikeluar Modern Special Hospital Guanzhong dan pengesahan pejabat Barisan Nasional (BN) Kelantan.
Datuk Abdullah Ya’kub berkata, surat pemakluman rasmi kematian Datuk Noor Zahidi Omar ditandatangani Setiausaha Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Alwi Che Ahmad diterima hari ini. (IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
No comments:
Post a Comment