Barisan Nasional telah membuat persiapan awal di peringkat kawasan dan negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, Kelantan, berikutan kematian wakil rakyat kawasan itu.
NOOR
Zahidi Omar biar pun tinggal di Pasir Pekan dan Kuala Lumpur, namun
diterima baik penduduk di Pengkalan Kubor. Buktinya sejak tiga penggal
lalu kawasan itu didominasinya.
Noor Zahidi muncul menggantikan Mat Nawawi Mat Jusoh. Cikgu Mat Nawawi pun pernah menang dua kali di kerusi Pengkalan Kubor. Kali pertama Cikgu Mat menang pada PRU 1995 menewaskan calon Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim), Wan Abdul Rahman Wan Salleh.
Sebelum itu pada PRU 1990 Timbalan Presiden Hamim, Datuk Nik Man Nik Mohammad menang ketika mewakili Angkatan Perpaduan Ummah. Beliau bertanding menggunakan lambang Semangat 46. Pada PRU tersebut Dun berkenaan dikenali sebagai Geting.
Kali kedua Cikgu Mat menang pada PRU 2004 apabila mengatasi calon PAS, Wan Husain Wan Ahmad dengan majoriti 714 undi. Sedangkan pada PRU 1999 Tok Imam Wan Husain menang dengan majoriti 2,432 undi mengatasi Cikgu Mat.
Cikgu Mat dan Noor Zahidi pernah berketuakan Datuk Kamarudin Jaffar (KJ) di bahagian Tumpat. Kamaruddin menyertai PAS menjelang PRU 1999. Semua orang tahu Datuk KJ rapat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka sama-sama menjadi pengasas Abim.
Nama KJ sangat akrab dengan penduduk Tumpat. Boleh dikatakan hampir serupa dengan Noor Zahidi di Pengkalan Kubur. Kini Noor Zahidi, Cikgu Mat dan Tok Imam Wan Hussin bukan lagi bersama dalam arus perjuangan, sebaliknya sudah pergi meninggalkan kita.
Cikgu Mat menang dengan agak bergaya pada PRU 1995 dengan majoriti 1,289 mengatasi Wan Abdul Rahman. Sebaliknya pada PRU 2004 beliau boleh dikatakan bergantung kepada nasib apabila mengatasi Tok Imam Wan Hussin dengan majoriti 714 undi. Cikgu Mat dua penggal bergelar YB Pengkalan Kubur, dan Noor Zahidi pula tiga penggal.
Berdasar kronologi tersebut PAS mungkin tidak boleh menganggap Pengkalan Kubur menjadi medan tradisi mereka. Ketika era kerajaan Membangun Bersama Islam (1990-an sehingga sekarang) kerusi itu sering bertukar ganti. PAS hanya bertanding pada PRU 1999 dan PRU 2004. Sebelum itu Hamim menggunakan tiket Semangat 46. Dan PRU 2008 kerusi itu berpindah pula kepada PKR.
PKR hampir-hampir membuat kejutan apabila calonnya, Hasan Ibrahim hanya tewas dengan majoriti 100 undi kepada Noor Zahidi. Merujuk senario di atas PAS hanya bertapak sepenggal di Pengkalan Kubur selepas dua kali mencuba. Hamim juga menang sekali dalam dua perlawanan.
Dan PKR belum merasai kemenangan dalam dua perlawanan di gelanggang yang sama. Parti itu difahamkan mempunyai lebih 2,000 ahli berdaftar di Cabang Tumpat. Berbeza dengan kekuatan akar umbi PAS. Pada persaingan kali ini tentunya keadaan rumit kerana berlangsung di pentas PRK. Umno dan BN mendapat laluan lebih mudah kerana dibantu jentera kerajaan pusat.
Bagaimanapun pertembungan tersebut menjadi lebih sengit sekiranya calon ditampilkan kedua-dua pihak daripada kategori “heavyweight”. Umno juga kekurangan calon tempatan yang mampu diketengahkan dalam misi mempertahankan Dun Pengkalan Kubor.
Pilihan yang ada mungkin Senator Datuk Dr Asraf Wajdi Ahmad Dusuki. Beliau merupakan anak jati Tumpat. Tokoh itu sedang dijulang di era Najib. Bayangannya juga sudah dinyatakan Timbalan Pengerusi Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau menyebut Umno mungkin menampilkan calon muda.
Gambaran diberi semakin mendekati anak veteran Umno Tumpat, Datuk Dusuki Ahmad. PKR juga perlu tampil calon dari senarai nama-nama besar. Episod yang berlaku terhadap DAP menonjolkan Dyana Sofya menentang heavyweight Gerakan, Datuk Mah Siew Keong di Teluk Intan boleh menjadi ingatan.
Mungkin masa terbaik Datuk Saifuddin Nasution Ismail kembali semula ke Kelantan. Saifuddin pernah membuat kejutan di Lunas pada 2000 apabila menang pada PRK tersebut. Saifuddin memperoleh 10,511 undi manakala S. Anthonysamy daripada BN mendapat 9,981 undi. Calon bebas, N.Letchumanan, 46, hanya mendapat 50 undi. Saifuddin menang dengan 530 undi.
Dun Kelantan sekarang mempunyai 45 kerusi. BN diwakili 12 Adun, PKR (satu) dan PAS (32). Kejutan di Teluk Intan boleh berulang di Pengkalan Kubor. - HARAKAHDAILY 24/8/2014

No comments:
Post a Comment