Friday, August 01, 2014

Putuskan Dulu Jika Wanita Layak Jadi MB - DAP

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata sebelum dapat mengendalikan apa-apa lagi isu, pari-parti politik perlu menjelaskan pendirian masing-masing tentang jika wanita boleh dilantik sebagai menteri besar. – Gambar fail, 1 Ogos, 2014.  

DAP mahu semua parti politik menjelaskan pendirian masing-masing tentang kelayakan wanita untuk dilantik sebagai menteri besar, sebelum mereka boleh bercakap tentang isu lain.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata isu jantina ini patut diselesaikan dahulu sebelum kelebihan dan kekurangan menukar menteri besar Selangor dapat dipertimbangkan. Lim berkata semua ketua parti, termasuklah pemimpin Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak, patut menyatakan pendiriannya supaya menyokong kepelbagaian dan keterangkuman.

"Janganlah kita hilang tumpuan dengan cadangan menukar menteri besar. Isu utama yang perlu diselesaikan, seperti yang dikatakan (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim, adalah tentangan terhadap wanita dilantik untuk jawatan tersebut.
"Ia amat penting bagi semua parti politik menjelaskan halangan jantina ini... jika tidak, kami akan menjadikannya seolah-olah (Presiden PKR Datuk Seri Dr) Wan Azizah Wan Ismail tersingkir daripada kelayakan hanya kerana beliau seorang wanita," katanya pada sidang media di pejabat di Komtar hari ini. – 1 Ogos, 2014. (TMI)

Lihat ini..

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails