Wednesday, August 13, 2014

Rodziah (PKR) Boleh Kekal Jadi Exco Khalid Pula..

 
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata exco PKR Rodziah Ismail masih dialu-alukan untuk meneruskan khidmat dalam pentadbiran kerajaan Selangor. Menteri besar itu berkata beliau masih menunggu ADUN Batu Tiga itu kembali dari luar negara untuk membincangkan perkara itu.

"Tunggu dia (Rodziah) kembali dari luar negara dan kita akan buat keputusan.
"Jika dia pilih untuk bekerjasama, dia akan teruskan (Exco)," kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini.

ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail, Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita. Dikatakan, jika dalam pertembungan PKR sebelum ini diambil kira, maka Rodziah adalan calon Ketua Wanita PKR pro Abdul Khalid lawan Zuraidah Kamaruddin yang mempertahankan jawatannya. Dia diketahui penyokong kuat Azmin Ali sebelum berpindah kem ke Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Khalid sebelum ini menjelaskan bahawa dia masih belum menulis surat kepada Rodziah kerana ADUN PKR itu masih berada di luar negara. (IH)

Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails