Wednesday, August 27, 2014

Rundingan Gagal, Bakar Kilang, Pekerja Tak Boleh Solat Jumaat?

 
Benarkah ada kes pekerja tidak dibenarkan solat Jumaat?  Adakah itu antara penyebab kes keganasan yang dilakukan kumpulan pekerja sebuah kilang di Kulai, Johor semalam? 

Ianya bertambah buruk pada malam tadi sehingga menyebabkan sebahagian dari struktur bangunan tersebut musnah terbakar. Kejadian itu berlaku selepas rundingan di antara pekerja dan juga pihak pengurusan menemui jalan buntu.

Menurut polis, seramai 44 orang pekerja, kebanyakannya warga Nepal, ditahan susulan dua kejadian merusuh yang bermula pada jam 10 pagi semalam dengan perbuatan membakar sebuah kereta. 

Dalam kejadian malam tadi, para pekerja berkenaan seterusnya membakar tiga buah bangunan milik syarikat elektronik yang disenaraikan di bursa saham, termasuk stor kilang tersebut pada kira-kira jam 8 pagi.

Kebakaran, tersebut berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba pada jam 10.05 pagi. Tiada kecederaan dilaporkan.


Sementara itu, PAS mendesak satu Jawatankuasa Khas ditubuhkan bagi menyiasat punca rusuhan 800 pekerja asing di sebuah kilang di Kulai semalam. Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Mazlan Aliman berkata, jawatankuasa itu mestilah membabitkan Kementerian Sumber Manusia, kesatuan sekerja, majikan dan wakil pekerja kilang terbabit.

"Ia mesti ditubuhkan segera bagi mewujudkan mekanisme penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang," katanya pada sidang media ketika melawat kawasan rusuhan di kilang JCY HDD Technology Sdn Bhd, Desa Perindustrian Kulai 2,  di sini pagi ini.

Menurut beliau, PAS melahirkan rasa amat dukacita dengan tindakan merusuh pekerja asing yang memusnahkan harta benda seperti premis bangunan dan kenderaan.


Kejadian sekitar jam 8-10 pagi semalam itu, bermula apabila pekerja tersebut melontar batu sehingga tingkap bangunan pecah dan membakar sebuah kereta.  Ia disusuli lebih agresif, apabila ada pekerja membakar aset kilang di sebelah belakang bangunan di sebelah malam.

Mazlan yang juga AJK PAS Pusat berkata, PAS mengucapkan setinggi penghargaan dengan tindakan pantas polis termasuk pasukan FRU serta bomba yang berjaya mengawal suasana dan memadam kebakaran.

Jelasnya, tindakan penahanan yang dilakukan terhadap 13 orang pekerja asing yang dipercayai dalang rusuhan amat wajar.  Mazlan berkata, beliau dimaklumkan tindakan pekerja dibuat ekoran tidak puas hati mereka dengan gaji yang diberikan.

Menurutnya, pihak pengurusan kilang dikatakan sesuka hati memotong gaji pekerja, memaki hamun dan memukul pekerja. Selain dari faktor gaji, tindakan lewat pihak pengurusan kilang menghantar seorang rakan pekerja ke hospital sehingga meninggal dunia juga turut mengundang kemarahan pekerja asing tersebut.

Katanya, isu kebajikan pekerja telah lama berkumandang separti isu gaji yang tertunggak dan rendah, kediaman yang daif dan berbagai isu yang berkaitan selalunya menjadi ribut yang akhirnya tidak terkawal.

Golongan pekerja ujarnya selalunya menjadi mangsa ketidakadilan majikan malah kadangkala menjadi sentimen perkauman apabila majikan dengan pekerja berlainan agama dan bangsa.

Ianya termasuk kes pekerja tidak dibenarkan solat Jumaat, skim gaji yang berbeza dan proses kenaikan pangkat menjadi isu yang turut menimbulkan suasana tidak harmoni.

"Harus di ingat, sumbangan pekerja asing sebagai guna tenaga di negara ini sangat tinggi. Jangan diremehkan soal kebajikan mereka.

"Insiden terbaru ini bukan sahaja merosakkan hubungan pekerja dengan majikan yang tentu sahaja menjejaskan produktiviti, nama baik Malaysia di mata dunia juga dipersoalkan," jelasnya. (IH)

4 comments:

Anonymous said...

apa jabatan buruh buat ...??? ILO...? ILO tak boleh masuk campur ... ini urusan 1malaysia .......!!!

Anonymous said...

apa jabatan buruh buat ...??? ILO...? ILO tak boleh masuk campur ... ini urusan 1malaysia .......!!!

Anonymous said...

hambat balik jer manusia brayuk nie, nyusahkan org jer, ramai lagi bangla nok kerja cni, PAS plok mmg jenis pandai ambik peluang utk glamerkan diri piii laa

Unknown said...

Apa KERAjaan ISLAM JOHOR...punya tindakan..Apa tindakan MUFTI JOHOR...tak kiralah mereka tuh NEPAL ker..Bangla ker..depa nak SOLAT JUMAAT dalam negeri..yang beraja ..ber MB...berMUFTIkan...orang ISLAM...!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails