HALAMAN HIBURAN
KL: Pelakon
Sheera Iskandar memberitahu selepas membuat keputusan untuk bertudung
pada Ramadan lalu, ada segelintir pengikutnya di Instagram memberi
komen-komen berbau negatif. Lapor mStar.Sheera, 29, berkata, dia juga dianggap riak kerana dilihat seperti sengaja ingin menunjukkan penghijrahannya itu kepada umum walaupun dia sebenarnya tidak pernah membuat pengumuman sudah berubah imej.
"Sebenarnya saya nak bagi komen kepada awak (mStar Online) pun takut kerana risau dengan pelbagai tanggapan masyarakat. Rasa kurang manislah bila orang memberi persepsi negatif pada kita.
"Lagipun saya tidak pernah membuat sebarang pengumuman (untuk bertudung), sekadar memuat naik foto saya seperti biasa di Instagram. Ada yang memberi komen buruk kononnya saya riak.
Bagaimanapun, tambah Sheera, kebanyakan peminatnya menyokong perubahan itu dan dia berharap agar semua pihak mendoakan kebaikan dirinya. Sementara itu, Sheera menganggap perubahan itu adalah perkara wajib untuk dia bertudung kerana peranannya sebagai wanita beragama Islam.
"Diakui terdapat beberapa dugaan selepas saya memakai tudung tetapi saya percaya semua ini ada hikmahnya. Semoga Tuhan terus tetapkan hati saya untuk berubah ke arah yang lebih baik," ujarnya.
Al-hamdulilah, sepatutnya ramai lagi artis-artis menyontohinya. 'Riak', lawannya 'ikhlas'. Bertudung tak riak, ikhlas kerana Allah. Juga suatu kebajikan dan kewajipan. Telanjang rambut bagi wanita, itu yang riak, menunjuk-nunjuk, bahkan 'haram' dalam Islam. Tidak ada dedah rambut seperti itu kerana Allah atau 'ikhlas'.(IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
No comments:
Post a Comment