Thursday, August 14, 2014

Sheera Iskandar: Bertudung Dituduh Riak Telanjang Rambut Tak Riak?

Sheera Iskandar

HALAMAN HIBURAN
KL: Pelakon Sheera Iskandar memberitahu selepas membuat keputusan untuk bertudung pada Ramadan lalu, ada segelintir pengikutnya di Instagram memberi komen-komen berbau negatif. Lapor mStar.

Sheera, 29, berkata, dia juga dianggap riak kerana dilihat seperti sengaja ingin menunjukkan penghijrahannya itu kepada umum walaupun dia sebenarnya tidak pernah membuat pengumuman sudah berubah imej.

"Sebenarnya saya nak bagi komen kepada awak (mStar Online) pun takut kerana risau dengan pelbagai tanggapan masyarakat. Rasa kurang manislah bila orang memberi persepsi negatif pada kita.
"Lagipun saya tidak pernah membuat sebarang pengumuman (untuk bertudung), sekadar memuat naik foto saya seperti biasa di Instagram. Ada yang memberi komen buruk kononnya saya riak.
"Ada juga memberi komen bersifat sindiran dengan kata-kata seperti 'nak pakai tudung, pakai betul-betul. Jangan nak gembar-gembur'. Rasa tak senang hati pula bila orang komen begitu," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, tambah Sheera, kebanyakan peminatnya menyokong perubahan itu dan dia berharap agar semua pihak mendoakan kebaikan dirinya. Sementara itu, Sheera menganggap perubahan itu adalah perkara wajib untuk dia bertudung kerana peranannya sebagai wanita beragama Islam.

"Diakui terdapat beberapa dugaan selepas saya memakai tudung tetapi saya percaya semua ini ada hikmahnya. Semoga Tuhan terus tetapkan hati saya untuk berubah ke arah yang lebih baik," ujarnya.

Al-hamdulilah, sepatutnya ramai lagi artis-artis menyontohinya. 'Riak', lawannya 'ikhlas'. Bertudung tak riak, ikhlas kerana Allah.  Juga suatu kebajikan dan kewajipan. Telanjang rambut bagi wanita, itu yang riak, menunjuk-nunjuk, bahkan 'haram' dalam Islam. Tidak ada dedah rambut seperti itu kerana Allah atau 'ikhlas'.(IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

No comments:

Post a Comment