Wednesday, August 13, 2014

Tempoh 24 jam Berikut Tentukan Masa Depan Pakatan - Kit Siang



Veteran DAP Lim Kit Siang berkata 24 jam berikut ini merupakan masa yang penting untuk kelangsungan masa depan Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Ogos, 2014.  
Veteran DAP Lim Kit Siang berkata 24 jam berikut ini merupakan masa yang penting untuk kelangsungan masa depan Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Ogos, 2014.  

Perkembangan krisis menteri besar Selangor dalam tempoh 24 jam berikut penting untuk kelangsungan masa depan Pakatan Rakyat, kata veteran DAP Lim Kit Siang sambil menyeru pemimpin Pakatan membuat keputusan segera.

Katanya, apa yang berlaku dalam masa 24 jam akan datang akan mengetepikan keputusan mesyuarat PAS dijadualkan pada 17 Ogos bagi membincangkan sama ada menyokong Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atau tidak.

"Mesyuarat pimpinan PAS Pusat akan ada kesan kritikal terhadap masa depan gabungan Pakatan yang mempunyai 3 ahli dan berusia 3 tahun ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Bagaimanapun, mesyuarat itu mungkin akan diketepikan dengan apa yang bakal terjadi dalam masa 24 jam akan datang yang mungkin akan melengkapkan perpecahan Pakatan Rakyat yang tidak dapat ditebus semula."

Beliau memberi amaran kepada pemimpin Pakatan yang Umno sudah mula mengatur langkah untuk memecah-belah Pakatan apabila masuk campur tangan dalam krisis di Selangor. Katanya, pengumuman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam merupakan petanda gerakan tersebut sudah dimulakan.

"Ini adalah sebabnya Muhyiddin sangat pantas mengisytiharkan sokongan tidak bersyarat 12 Adun Umno-Barisan Nasional kepada Khalid untuk kekal sebagai menteri besar," kata Lim.

Lim mendakwa pakar strategi Umno-BN mula bekerja bagi mewujudkan keadaan seri dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Pakar strategi Umno-BN bekerja lebih masa mengeksploitasi krisis menteri besar Selangor dan mewujudkan senario 12 ahli DUN (Adun) Umno, 15 PAS dan satu wakil bebas yang dan kempen memperkecilkan kesetiaan Adun dari DAP dan PKR untuk mengkhianati pengundi Selangor and parti masing-masing," katanya.

Lim berkata usaha tersebut mula mendapat sokongan daripada setengah pihak yang selama ini berhasrat merealisasikan "kerajaan perpaduan" Umno dan PAS.

"Kempen ini mula mendapat kekuatan dengan sokongan terbuka setengah pihak yang menyokong 'kerajaan perpaduan' walaupun berselindung disebalik terminologi 'konsensus nasional'," kata Lim. – 12 Ogos, 2014. (TMI)

Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

2 comments:

Anonymous said...

PAS menang di Kelantan, negeri Miskin

Apa Salah nya Kalau PAS Tadbir negeri terkaya di Malaysia Selangor??

Sokong PAS Tadbir Selangor...

Takbir.. AllahuAkbar

SuJeng said...

PAS nk MB x der hal bai.. Aku x rasa rakyat x sokong. Tapi kena gentle bhai. Ckp dpn2. Bagi tau satu Slangor. Jgn tikam2 mcm skarang. Nnti kalu rakyat boikot PAS .... Ader yg meninggal. Org tua tu dh la x bape sehat skrg. Ingat arwah MB Kedah bhai...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails