Exco PAS Selangor tidak akan teragak-agak meletakkan jawatan jika Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melantik exco baru daripada Umno. Exco Agama Sallehen Mukhyi berkata, tidak timbul isu pelantikan Umno dalam kuasa eksekutif negeri, sebaliknya hanya mereka berempat akan membantu Khalid menjalankan pentadbiran seperti biasa. Lapor The Malaysin Insider.
"Umno tidak timbul. Kalau Umno ada dalam barisan exco PAS akan keluar. Dia (Umno) bukan kerajaan," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, hari ini.
Semua empat exco PAS hadir ke SUK seperti biasa untuk menghadiri mesyuarat exco jam 10 pagi ini walaupun pemimpin DAP dan PKR malam tadi meminta mereka memboikot mesyuarat itu tanda solidariti terhadap pemecatan exco DAP dan PKR.
Exco Iskandar Abdul Samad dilihat tiba seawal jam 7 pagi bagi mengelakkan diserbu wartawan.
Kemudian, diikuti Dr Halimah Ali kira-kira jam 9.30 pagi, Dr Ahmad Yunus Hairi lima minit kemudiannya, dan Sallehen yang terakhir.
Sementara itu menurut Harakah Daily, PAS Selangor meminta semua PAS kawasan di negeri itu menurunkan kain rentang dan apa jua bentuk sebaran yang bersifat provokatif.
"Mohon kepada semua PAS kawasan untuk menurunkan segera mana-mana banner (kain rentang) dan apa jua bentuk sebaran yang bersifat provokatif," ujar Ketua Penerangan PAS negeri, Zaidy Abdul Talib. (IH 13 Ogos, 2014)
Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
No comments:
Post a Comment