KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang diberi penghormatan untuk menyampaikan Ucapan Khas Kemerdekaan dalam satu program di Shah Alam hari ini.
Beliau dijadual berucap pada majlis Wacana Penilaian Semula Kemerdekaan yang diadakan di Dewan Pro Canselor UNISEL, kira-kira jam 12 tengahari ini. Sebelum itu, majlis yang bermula dari awal pagi ini akan dirasmikan oleh Exco Kerajaan Selangor sebelum disusuli dengan satu wacana khas.
Wacana Kemerdekaan- Satu penilaian semula dari Perspekstif Melayu Islam itu akan diulas oleh empat orang panel.
Mereka adalah
- Prof Dato Abu Bakar (UM),
- Prof Dr Kamarulzaman Yusoff (UTM),
- Tan Sri Muhammad Muhd Taib, dan
- Mohd Fadli Ghani, manakala
- moderatornya adalah Prof Dr Badlisham Mohd Nasir (ILMUAN).
Program tersebut akan bermula dengan solat hajat sejurus selesai solat maghrib. Ia kemudian akan disusuli dengan acara pentas yang akan bermula selepas Isyak.
Kesemua pimpinan utama PAS dijangka hadir pada program ini malam nanti. Pada program malam ini, beberapa pimpinan utama PAS akan dibawa dengan motosikal berkuasa besar yang akan berkonvoi dari masjid negara menuju ke pentas utama. Beberapa persembahan kesenian juga akan mengisi slot pentas malam ini. - HARAKAHDAILY 30/8/2014
No comments:
Post a Comment