HALAMAN HIBURAN

SELEBRITI rap Hollywood, Waka Flocka Flame menyuarakan kehairanan ke atas kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang membiarkan Israel membedil Palestin. Kutukan ke atas kerajaannya sendiri itu disuarakan melalui akaun Twitternya yang mempunyai hampir 49 ribu pengikut.
“#FreePalestine.

“Bagaimana negara ini (AS) boleh membiarkan #Palestin menderita? Semoga Tuhan memberikan kekuatan ke atas negara tersebut,” katanya menerusi status yang dimuat naik ke Twitter pada 12 Julai lalu.

Dia kemudiannya terpaksa berhadapan dengan kritikan dari sesetengah peminatnya yang menentang sokongan terhadap negara Palestin.

“Saya mendapat mesej dari sesetengah pihak yang mengatakan saya memilih dan menyokong Palestin. Mesj tersebut juga melarang saya daripada berbuat demikian,” katanya lagi menerusi paparan status melalui akaun Twitternya pada 14 Julai lepas.

Pun begitu, Flame tidak menarik balik kenyataannya malah dia turut memaparkan status terbaru pada hari yang sama dengan mengatakan bahawa dia tidak memilih mana-mana pihak dan hanya mahukan keamanan.

“#Wrongside..#Rightside...tolong hentikan dan jangan biarkan kanak-kanak ini menderita.
“#IchosePeace #HELPTHEHELPLESS,” katanya lagi. (SH)