Friday, August 08, 2014

Wanita, Siar Identiti 15 Peserta Bogel Ditangkap.

Superintendan Lai Fah Hin menunjukkan gambar wanita yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung sukan bogel di Pulau Pinang pada sidang media, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 8 Ogos, 2014. Superintendan Lai Fah Hin menunjukkan gambar wanita yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung sukan bogel di Pulau Pinang pada sidang media, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 8 Ogos, 2014.

Polis menahan seorang wanita dan mengeluarkan butiran 15 lagi yang dipercayai terlibat dalam pesta sukan bogel yang diadakan kira-kira dua bulan lalu di pantai di Teluk Kampi dalam Taman Negara Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Wanita itu, yang hanya dikenali sebagai 'Ellen’, ditahan pada 9.55 malam semalam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata tangkapan itu dibuat berikutan laporan yang difailkan di Bayan Lepas.

"Kami yakin Ellen seorang seorang guru muzik swasta berusia 34 tahun dari Pulau Pinang, boleh membantu siasatan," katanya di ibu pejabat polis daerah di Balik Pulau hari ini.
"Kami merayu kepada seluruh ahli kumpulan itu untuk tampil membantu siasatan. Sila pergi ke balai polis yang paling hampir," katanya.

Polis juga merayu mereka yang mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan untuk memberitahu pegawai penyiasat ASP Mohd Sani Mat Ali di talian 012-5424455. Lai berkata, semua 15 yang terlibat berusia antara pertengahan 20 hingga 50 tahun.

Kedua-dua individu utama adalah Tok Chew Hwa, seorang wanita yang dilaporkan pesara guru ahasa Inggeris bdan bekas ahli politik dari Taman Ria Jaya di Sungai Petani, Kedah; dan Albert Yam, penduduk tetap Singapura.

"Kami masih belum mengesan mereka," katanya.

Peserta lain dikenali sebagai Kok Hong (pengarah dari Singapura), Terry  dan Lionel Lau (rakyat Singapura), Carmen Chan, Thomas Kong, Janice, Justin Ang, dan Michale (Malaysia),  Newman dan teman wanita tidak dinamakan (Burma),  James Kumar (India) dan Marvin Cuevas (Filipina).

Semalam, Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata polis akan menyiarkan butiran individu terbabit jika mereka gagal hadir secara sukarela untuk membantu siasatan.
Beliau berkata, polis akan mendapatkan kerjasama daripada rakan mereka di negara lain untuk mengesan rakyat mereka yang terlibat dalam sukan bogel di Pulau Pinang itu. – 8 Ogos, 2014. (TMI)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails