Tawaran khidmat pegawai perhubungan pelanggan (GRO) kini bukan sahaja
terhad melayan pelanggan di pusat-pusat hiburan tetapi mereka yang
terdiri dalam kalangan warga asing itu juga boleh dijadikan 'isteri
sewaan' bagi mana-mana lelaki yang terdesak memerlukan suri rumah.
Makna 'isteri sewaan' yang dikesan berlaku di Lembah Klang ialah
sindiket menawarkan wanita yang juga terdiri dalam kalangan GRO sebagai
'isteri' dengan caj antara RM300 hingga RM7,000 bergantung kepada tempoh
berapa lama 'isteri sewaan' itu diperlukan.
'Isteri sewaan' yang kebiasaannya berusia 20 hingga 25 tahun ini bukan sahaja memenuhi kehendak seks si lelaki yang membuat bayaran kepada sindiket itu malah wanita-wanita itu turut melakukan tugas-tugas seperti memasak dan mengemas rumah.
Sindiket menyediakan khidmat sewaan itu menawarkan tempoh 'isteri
sewaan' antara sehari sehingga tiga bulan. Tempoh berkenaan boleh
dilanjutkan mengikut persetujuan antara pelanggan dan pihak sindiket.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bahagian agama kena siasat dan bertindak segera. Mencegah mungkar, itu amanah Allah SWT. Terima kasih Kosmo! kerana mendedahkan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bahagian agama kena siasat dan bertindak segera. Mencegah mungkar, itu amanah Allah SWT. Terima kasih Kosmo! kerana mendedahkan.
(Sumber Kosmo!)
Apalah heran sangat? Itukan namanya mutaah yang sudah biasa diamal masyarakat Islam. Isteri sewa, isteri kontrak, apa bezanya?
ReplyDeleteBukan amalan masyarakat Islam... itu adalah amalan masyarkat syiah... Kalau mengikut aqidah ahli sunnah wal jamaah..mutaah itu haram.
ReplyDeleteJadi berjuta2 ahli syiah di Timur Tengah, di Iran, di Pakistan Dan lain tempat dianggap kafir kalau bukan masyarakat Islam? Apakah Saidina Ali, anak Rasullullah Fatimah dan beratus2 lagi wira Islam di zaman awal sejarah Islam juga dianggap 'bukan masyarakat Islam'? Agaknya sikap begini yang menyebabkan fatwa dikeluarkan bahawa mereka harus dibunuh. Sampai bila ummat Islam akan terus berperang sesama sendiri?
ReplyDeleteSaidina Ali, Fatimah dll bukannya syiah..yg syiah ialah yang ada skrg...yg mengamalkan ajaran sonsang seperti kawin mutaah, sujud di atas batu karbala dll?
ReplyDelete