Monday, September 08, 2014
A/Hadi Dipersoal DAP Kerana T'ganu. Mengapa Tak Persalah Guan Eng Ketika...?
Pemimpin DAP hari ini menyerang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan membangkitkan persoalan rekod kerjanya.
Katanya, selepas hilang dua negeri terhadap BN, beliau kini tiada hak mempersoalkan kemampuan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail untuk menjadi menteri besar Selangor.
Pengerusi DAP Selangor Tony Pua menyifatkannya sebagai “orang yang sebabkan kehilangan besar Terengganu selepas menjadi menteri besar satu satu penggal dan gagal mengganti menteri besar Kedah selepas terlantar di katil hospital berbulan-bulan”.
PAS hilang penguasaan di Kedah dalam pilihan raya umum lalu.
Naib Presiden DAP Selangor Teng Chan Khim pula berkata, Hadi mempunyai rekod kerja yang suram selepas PAS hilang penguasaan Kedah dan Terengganu bawah pimpinannya.
“Fakta-fakta itu dapat menjelaskannya secara sendiri.
“Hadi menjadi menteri besar ketika PAS hilang Terengganu dan beliau juga presiden PAS ketika hilang kuasa di Kedah.
“Inilah rekod kemampuannya,” katanya. (MK)
Komen Weblog Ibnu Hasyin: Ikut logik DAP, DAP kalah PRK di Telok Intan mengapa tidak salahkan Lim Guan Eng atau Lit Kit Siang? PR menang di Selangor, mengapa masih salahkan Khalid Ibrahim? Berlaku kemelut perebutan kepimpinan dalam PKR mengapa tidak persalah Wan Azizah atau Anwar?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Apa nk pelik...krn dap hilang perak xnak pun dia sebut...sekrg2 kota sepenggal...krn dia x smpi pun.
The ability of human being to lost his memory is unlimited.
Tanya DAP bagaimana mereka boleh kalah yang amat memalukan pada 1999 sehingga semua general mereka kalah teruk dikubu kuat masing-masing. Apa alasan mereka tentang perkara ini... gua nak tahu jugak
Susah2 keluar aje daripada PKR ,rasa2 PAS boleh menang ke..
DAP kalau keluar PKR masih boleh menang undi kerna kaum cina tak byk akan sokong MCA.Kalau PAS keluar belum tentu lagi sebab undi Melayu berpecah ....
Ciri-ciri ulamak munafik:
AMANAT HADI
SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN
PERCAYALAH,
KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO. KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL BUKAN KERANA DIA LAMA MEMERINTAH KERAJAAN. KITA MENENTANG DIA IALAH KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH, MENGEKALKAN UNDANG-UNDANG KAFIR, MENGEKALKAN PERATURAN JAHILLIYAH. OLEH KERANA ITULAH KITA MENENTANG MEREKA. OLEH KERANA ITULAH KITA MENGHADAPI MEREKA. OLEH ITULAH KITA CUBA BERLAWAN DENGAN MEREKA.
PERCAYALAH SAUDARA-SAUDARA SEKELIAN,
PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, UCAPAN KITA ADALAH JIHAD. BERGANTUNGLAH KITA KEPADA ALLAH DENGAN MENGHADAPI PUAK-PUAK INI KERANA KALAU KITA MATI MELAWAN PUAK-PUAK INI, MATI KITA ADALAH SYAHID. MATI KITA ADALAH ISLAM.
KITA TIDAK PERLU MASUK BUDDHA, KITA TAK PERLU MASUK HINDU, KITA TAK PERLU MASUK KRISTIAN. TAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGAMALKAN `POLITIK SUKU, AGAMA SUKU'.
APA YG BERLAKU ADALAH DGN IZIN ALLAH. MANA BOLEH CAKAP KALAH MENANG PASAL ITU INI. ALLAH YH KASI MENANG ALLAH YG KASI KALAH. ALLAH YG BERKUASA, SELAIN ALLAH ADALAH MAHKLUK, MAHKLUK LANGSUNG TAK DAK KUASA.
kalau guna logik pemikiran tony pua, pemimpinan umno berjayalah kerana dapat berkuasa lebih 40 di negeri semenanjung kecuali kelantan.
wah, org2 pkr dah mula guna amanat hadi pulak dah.
Post a Comment