Monday, September 22, 2014

Ais Krim Baba Yang Kreatif, Di P/Kubor. Sedap!

 
JOM KRETIF

Ini, 'Ais Krim Baba' yang kreatif, di Pengkalan Kubor. Sedap!

Menurut Malaysiakini, selain makanan utama seperti nasi kerabu dan nasi dagang, terdapat tarikan lain yang ada di Pengkalan Kubor iaitu ais krim Baba. Ais krim unik tersebut berasal dari Thailand. Bagaimanapun, makanan itu kini boleh di dapati di Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang.


Penjual ais krim Baba, Mohamad Sulaiman, 67, (kanan) yang mula berniaga sejak lima tahun lalu berkata, keunikan yang terdapat pada ais krim tersebut ialah kepelbagaian makanan campuran yang dimasukkan di dalam ais krim tersebut.

Mohamad yang berniaga di kompleks membeli belah Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor juga berkata, keistimewaan setiap ais krim Baba juga terletak pada ais krim yang dibuat sendiri.

Kepelbagaian makanan campuran yang diletak bersama ais krim tersebut ialah kacang, roti, pulut, kacang, susu cair, agar-agar, koktail buah dan buah kabung.

Rata-rata orang ramai yang lalu-lalang di kawasan itu tertarik dengan keunikkan ais krim itu. Ia juga enak dimakan ketika cuaca panas.

"Ais krim ini bermula di sini, Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang. Tempat lain tak ada, kalau ada pun tak sama. Ais krim ini saya buat sendiri. Ramuan dia rahsia. Rasa dia lain dari yang lain," kata Mohamad ketika ditemui Malaysiakini.

Mohamad yang juga berasal dari Kampung Geting, Pengkalan Kubor berkata lagi, sempena pilihan raya kecil DUN itu, penjualan ais krim Baba meningkat.

Jika sebelum ini, Mohamad hanya menggunakan satu tong ais krim, ketika pilihan raya kecil kali ini ini beliau menjual sehingga dua tong ais krim sehari. Mohamad menjual ais krim Baba dengan harga RM2 bagi ais krim biasa dan RM3 untuk ais krim baba istimewa.

Setiap ais krim juga mempunyai perasa yang tersendiri seperti jagung, pandan dan keladi.

"Alhamdulillah. Biasa sekali (satu tong) sahaja dah habis. Sekarang ini dua tong (ais krim) habis," katanya.

Keseronokan menikmati ais krim Baba itu turut dikongsi oleh Azmi, 57, dari Putrajaya yang pertama kali merasai ais krim tersebut. Azmi berkata, beliau kini tidak perlu lagi untuk ke Thailand bagi menikmati ais krim tersebut.

"Ais krim ini adalah makanan kegemaran saya kalau saya datang ke sini (Pengkalan Kubor) sejak dulu lagi. Setiap kali saya ke sini, saya akan beli ais krim ini.
"Daya tarikah yang lain dari yang lain membuatkan saya akan ke sini untuk makan ais krim ini. Harga dia pun berpatutan," katanya.

Selain itu, bagi Noor Fazilah Abdul Fadil, 36, dari Perak juga tertarik dengan kandungan yang dimasukkan di dalam ais krim tersebut.

Katanya, ais krim tersebut juga tidak pernah ditemui di tempat lain.

"Ais krim ini menarik. Unik. Tak ada dekat tempat lain. Saya tak pernah jumpa. Ini pertama kali saya jumpa di Pengkalan Kubor.
"Walaupun agak manis tapi sedap. Ais krim ini lain dari yang lain," katanya. 


Terimakasih Malaysiakini, yang membawa  ole-ole berita dari Pengkalan Kubur. 

Sila lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails