Saturday, September 06, 2014

Blog Pro Pakatan Rakyat Diingatkan Supaya Berhati-hati Menulis..





















 Atas: Tuan Ibrahim 

Kanan: Ibnu Hasyim
KL: Blog-blog pro Pakatan Rakyat diingatkan  supaya berhati-hati menulis dan mengketengahkan  tulisan-tulisan yang saling menghormati antara satu sama lain dalam parti-parti PR. dan tidak  terlalu mencampuri urusan dalaman parti-parti berkenaan.

"Kita berhak menyokong, mengkritik dan membina demi kebebasan memberi pendapat, tetapi jangan sampai 'sokong membawa rebah', atau bagai 'tikus membaiki labu' yang boleh merosakkan pakatan yang sudah kita bina bertahun-tahun lamanya. " Demikian dinyatakan oleh editor Weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim.

Hj Mohd mengatakan demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkata, mutakhir ini banyak berlaku di mana pihak lain cuba mencampuri urusan dalaman PAS khususnya dalam isu Menteri Besar Selangor.

Menurut Tuan Ibrahim, "Saya suka ingatkan kepada semua parti dalam Pakatan Rakyat agar kita tidak mencampuri sangat urusan parti-parti lain dan jangan melampaui sempadan parti.
"Memang ada benda yang kita bersetuju dan ada benda kita tidak bersetuju. Itu hak parti masing-masing dan kita perlu hormat," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

 Tuan Ibrahim mengambil contoh dalam isu hudud di mana DAP tidak bersetuju dengan PAS dalam isu tersebut. Namun katanya, PAS menghormati perbezaan pandangan dengan DAP itu dengan menganggap itu hak parti itu.

"Kita PAS menghormati pendirian mereka (DAP) dan kita tidak mengkritik mereka," katanya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa kenyataan dari rakan pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat yang seolah-olah tidak menghormati perbezaan pendapat dari PAS. Malah kata beliau, terdapat kenyataan-kenyataan seperti mengkritik PAS dan cuba mengajar PAS dalam membuat keputusan khususnya dalam isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Sementara itu, berdepan dengan perkembangan semasa dalam isu tersebut, Tuan Ibrahim menasihatkan seluruh ahli PAS agar bertenang dan menyerahkan kepada kepimpinan parti.

Hj Mohd berkata,  "Di situlah peranan penting bloger-bloger dalam membina ketahanan dalam perpaduan Pakatan Rakyat, bukan menjadi 'batu api' atau gunting dalam lipatan. Walaupun kadang-kadang tetrjadi seperti dalam kisah burung Hud-hud di zaman Nabi Sulaiman, yang hampir dihukum.
"Kita perlu mengambil sikap seperti Tuan Ibrahim, kalau kita tidak tahu, tak payah cerita kepada orang lain yang kita tak tahu," katanya. (IH)

7 comments:

Anonymous said...

aku dah mula menyampah pada blogger pro PKR ni...macam bagus sgt ..x tahu cerita hujung pangkal tapi sibuk nak menilai org lain...

Unknown said...

Salam..parti PAS..memanglah parti politik dalam sistem SEKULAR..yang dipaksakan..Pada masa yang sama juga..PAS adalah pertubuhan GERAKAN ISLAM...maka cara urusan membuat KEPUTUSAN tak sama 100%..copy paste parti politik sekular..yang TIADA...Majlis Syura Alim Ulama seperti PAS..yang boleh over rules..perlembagaan parti CIPTAAN MANUSIA..kerana duduk dalam sistem sekular paksaan...Allahu A'alam...

Anonymous said...

Kepada para pembaca budiman.. berhati hati membaca sebarang komen dalam blog pro pakatan.

menurut maklumat yg saya terima dari bilik gerakan siber umnu.. mereka akan memyerang sume blog pro pakatan dengan meninggalkan komen yg mengelirukan buat pembaca..

jadi tuan tuan berhati hati ye.. disini pun nampaknya dah ada mereka ni..

Anonymous said...

Betullah saya pun ada dengar tentang tentera siber umnu ni.. budak budak muda yg takde kerja dia org ni...

lepas ni saya akan lebih hati hati.. terima kasih ya atas ingatan saudara anon diatas

Anonymous said...

dah pemimpin mencipta kegilaan

nak salahkan orang bawahan

poorrraaahhhhhh.....

Anonymous said...

Yg cari pasal dalam isu ini adalah anwar Al ketum. Ada akal atau tak calon bini sendiri. Yg patut kena hentam adalah anwar bukan pas la bodoh

Anonymous said...

Bini Anwar tu adalah Presiden PKR, Ahli DUN lagi. Bekas Ketua Pembangkang. Apa yang tak layaknya dia jadi MB Selangor. Dia lebih layak dari orang yang bising-bising supaya orang lain jangan campur tangan dalam parti PAS, tapi parti dialah yang menyebok bila DSWA dicalonkan sbagai MB Selangor.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails