Tuesday, September 09, 2014
Dr Mujahid: Pas, Umno Tidak Akan Bercampur
KL: Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) sekali lagi menegaskan bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno walaupun terdapat desas-desus mengenai perkara tersebut.
Mujahid berkata, pegangan tersebut terus kekal seperti yang diputuskan oleh Pas sebelum ini.
"Pas hendak bercampur dengan Umno, tapi hendak saya beritahu, Pas tidak pernah berhasrat untuk bercampur dengan Umno," katanya pada Forum Pas Campur Umno: Ke Mana Hala Tuju? di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor di sini hari ini.
Sementara itu, mengulas sama ada Pas akan menerima kerusi Menteri Besar Selangor, Mujahid berkata, Pas tidak akan menerima jawatan tersebut selaras dengan keputusan Pas Pusat sebelum ini.
"Pas tetap dengan keputusan tidak akan menerima kerusi Menteri Besar tersebut," katanya.
Terdahulu isu ini timbul berikutan kenyataan berbeza dua orang pemimpin tertinggi Pas sebelum ini yang memberi kenyataan berbeza dalam satu sidang media baru-baru ini. Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu berkata, Pas akan menolak walaupun istana memilih Adun mereka sebagai MB.
Bagaimanapun, dalam sidang media sama Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, Pas akan bersetuju dengan apa sahaja pilihan istana.
Jawapan Mujahid itu tetap menjadi tanda tanya, walau ia sedikit sebanyak menjawab persoalan peserta forum tersebut.Turut hadir dalam forum tersebut adalah Presiden Pasma, Pahrolrazi Zawawi dan bekas pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Aziz Bari. (SH)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
AJKP adalah anwaris pastilah anwaris menolak kerana sama dengan anwar derhaka kepada DYM Sultan serta tidak wala kepada TGHH dan MSU.
Sekarang sudah sibuk untuk memecat TGHH, TGNA dan MSU daripada Pas.
Tidak bercampur Umno tidak mengapa. Umno parti Melayu dan juga untuk semua rakyat. Moga Umno boleh di harap menjaga Bangsa Melayu, Perlembagaan Persekutuan, kedudukan ekonomi Melayu, mengembang dan memperkasa syiar Islam di samping memberi pembangunan dan kemajuan kepada Negara Malaysia.
Berbeza Mujahid dan kumpulan nya :-
1. Pemikiran nya konon berteraskan Islam, tetapi dalam PAS sendiri, tahap mereka jelas berbeza. Ramai menyatakan mereka ada lah kelompok 'mengagongkan' Anwar PKR dan Dap. Bercanggah sekali dari tafsir hadis yang di pegang nya sehingga beliau di lihat tegar dengan keperluan agama lain dari Islam. Tidak kah ini menyalahi hukum Allah SWT ?
2. Mereka juga teruja meliberalisasikan kedudukan Melayu (pengorbanan bersejarah Melayu terhadap Tanah Air) dengan menjadikan Perlembagaan termaktub sebagai sasaran liberalisasi, sekular malah menjurus pluralisma, di sokong sepenuh nya majlis peguam. Sememang nya perjuangan Dap dari awal.
3. Golongan ini sudah di lihat mengatasi Presiden dan Majlis ulama. Jika arus memberi faedah kepada bukan melayu, sudah tentu sokongan dan undi mereka bokeh di harapkan. Analogi mudah. Sehingga bukan melayu berkuasa kelak selepas keperluan undang-undang di ubah baru, maka tidak mustahil apa sahaja kelerluan Melayu akan di nafikan sepenuh nya. Jika ini yang di minta, maka bersedialah menghadapi kemungkinan yang pasti nya memeritkan.
Generasi dahulu telah melalui saat getir penjajahan dan musuh. Mereka berkorban segala nya demi masa depan warisan sehingga ramai anak-anak Melayu berjaya dan bertambah bilangan ke saat ini.
Sayang nya, semua bakal di kuburkan. Saya akui jua, Umno juga telah melalui fasa ini, menjadikan majoriti Melayu itu resah menghadapi dasar- dasar yang tidak lagi menjamin acuan sendiri.
Generasi muda tidak merasa apa-apa. Bagi kita yang sudah berumur, kita amat tahu susah, perit, pedih ibubapa, datuknenek dan moyang kita menjalani hidup seharian...
Post a Comment