Sayap tentera Hamas, Briged Al-Qassam digeruni tentera rejim Zionis
RAMALLAH - PALESTIN. Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh
menolak tuntutan pelucutan senjata yang dikenakan oleh Israel sebagai
syarat untuk menamatkan sekatan haram di Genting Gaza dan membuka semula
lapangan terbang serta pelabuhan di wilayah itu.
Haniyeh menegaskan Hamas tidak akan tunduk dengan gesaan mana-mana pihak yang menuntut supaya mereka berbuat demikian.
"Kami tidak melancarkan perang, namun jika musuh mahu berperang, kami tidak teragak-agak untuk membuat serangan balas," jelasnya dalam perhimpunan di bandar Gaza.
Kenyataan tegas itu dikeluarkan selepas Tel Aviv sebelum ini pernah menyuarakan rancangan mereka untuk mendesak Hamas menerima syarat pelucutan senjata tersebut dalam rundingan susulan yang akan diadakan di Kaherah dalam masa terdekat.
Sementara itu, seorang pegawai kanan risikan Israel mendakwa mereka tersilap percaturan kerana memandang rendah terhadap keupayaan Hamas sepanjang perang 50 hari yang berakhir pada 26 Ogos lalu.
"Kekuatan pejuang Gaza sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Mereka bijak mengatur strategi untuk menangkis serangan rejim Zionis," katanya.
Dalam perkembangan lain, Israel didakwa sekali lagi membuat tindakan provokasi dengan mengeluarkan tender untuk kira-kira 300 kediaman baharu di penempatan haram di Tebing Barat. Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas Tel Aviv mengumumkan rancangan mereka untuk merampas kira-kira 400 hektar tanah milik penduduk Palestin di kawasan antara bandar Baitulaham dan Hebron.
Menurut Lembaga Tanah Israel projek perluasan penempatan Elkana di barat laut Tebing Barat itu kononnya telah diluluskan sejak Januari lalu dalam laporan Press TV. (SH)

No comments:
Post a Comment