Wednesday, September 17, 2014

Hijrah: TG Nik Aziz Harap Eja Terus Istiqamah



HALAMAN HIBURAN
KOTA BHARU: Siti Shahrizah Saifuddin atau lebih dikenali dengan Eja meluangkan masa kira-kira 15 minit bertemu dengan bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Eja bersama suami Mohd Silahudin Jamaluddin bersama anak mereka, Nur Eishal tiba di Kota Bharu Khamis lalu bagi memenuhi program Bicara Selebriti Ke-8 di Balai Islam Lundang, di sini. Eja dan suaminya mengambil peluang bertemu dengan Tuan Guru selepas solat Asar semalam di Pulau Melaka sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Tuan Guru berharap Eja sentiasa istiqamah dengan penghijrahannya yang kini telah menutup aurat. Menurut Tuan Guru, segala hasrat panjatkan doa pada Allah kerana manusia itu tidak bersendirian.

“Kita ada Allah, Dia sentiasa mendengar hasrat kita, keinginan kita, jadi jangan lupakan Allah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian bagi memenuhi hasrat Eja yang meminta supaya Tuan Guru mendoakannya agar sentiasa istiqamah dengan penghijrahannya itu.

Bagi Eja sendiri hasrat kerajaan negeri yang mengundangnya memenuhi slot selebriti itu diharap dapat memberi ruang kepadanya bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang telah lama dihajatinya.

Eja mula bertudung sekembalinya dari mengerjakan umrah kali keempat tahun ini ketika berusia 41 tahun. Turut menjayakan selebriti itu, artis Neelofa, Ustazah Fatimah Sharha yang dipengerusikan Amin Rais. - HARAKAHDAILY 15/9/2014

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails