Hukuman sebat turut dikenakan terhadap pesalah bukan Islam di Aceh.
BANDA ACEH - Dewan Perwakilan Rakyat Aceh semalam bersepakat
mengesahkan undang-undang jenayah Islam turut terpakai ke atas orang
bukan Islam. BBC Indonesia melaporkan, undang-undang dinamakan Kanun Jenayah itu
diluluskan dalam sidang khas yang disertai separuh daripada 69 orang
wakil rakyat.
Jurucakap Parti Aceh, Muhammad Harun berkata, parti itu mahu rang undang-undang tersebut diluluskan secara sebulat suara.
“Kanun ini sangat dinanti-nantikan oleh rakyat Aceh yang menginginkan syariat Islam secara menyeluruh tanpa pengecualian,” katanya.
Sementara itu menurut laporan Agensi, Pengarah Koalisi Hak Asasi Manusia Aceh, Zulfikar Muhammad berkata, pada prinsipnya tujuan penghukuman dalam Islam adalah untuk mengajak orang bertaubat atau kembali ke jalan ALLAH SWT.
“Tidak mungkin kita memaksa bukan Islam untuk bertaubat mengikut kepercayaan kita (Islam).
"Mereka punya cara bertaubat sendiri dan boleh melakukannya mengikut kepercayaan masing-masing,” katanya. (SH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Orang Islam yang tinggal di Amerika Syarikat bolehkah nak laksanakan hukum Islam seperti hudud di negaranya sendiri? (AS) Yakni tak mahu ikut undang Amerika? Bolehkah orang bukan orang komunis tidak mahu ikut undang-undang komunis semasa tinggal di Rusia atau China?
Kenapa pula orang bukan Islam tidak boleh ikut undang-undang Islam semasa tinggal di negara umat Islam? Mengapa pemikiran sebodoh laporan Agensi, Pengarah Koalisi Hak Asasi Manusia Aceh masih boleh bersarang dalam kepala otak orang yang bernama Islam di Aceh?
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-88: Hudud, Perspektif Baru Atau Goncang PR?

No comments:
Post a Comment