Wednesday, September 10, 2014

Ini, Bayi Dilahirkan Dengan 4 Tangan & 4 Kaki.

Bayi Uganda lahir dengan empat tangan dan empat kaki
Paul Mukisa bayi lahir empat tangan empat kaki. © Daily Mail 


Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
Seorang bayi bernama Paul Mukisa dilahirkan dengan empat tangan dan empat kaki di sebuah desa kecil di sebelah timur Uganda tiga bulan lalu 

Ibu bapa bayi bernama Margaret Awino dan Boniface Okongo segera membawa bayi mereka ke hospital terdekat tapi pihak hospital mengatakan mereka tidak boleh berbuat apa pun.
 

Pihak hospital berkata, Mukisa perlu berusia tiga bulan dulu untuk menjalani pembedahan dalam keadaan aman, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail, Rabu (10/9).

Pada 18 Ogos lalu tiga doktor bedah membedah Mukisa di Hospital Uganda. Tiga jam kemudian doktor berjaya memisahkan dua kaki dan dua tangan parasit di tubuhnya.

"Bayi itu disuntik bius lalu parasit di belakang dan di depan perutnya yang mempunyai dua tangan tanpa hati, berjaya dilepaskan dari badannya," kata doktor Nasser Kakembo yang memimpin operasi itu.  


Kini tiga minggu selepas operasi, Mukisa tampah mulai pulih dan menyusu dari payudara ibunya.

Itu antara tanda-tanda kebesaran Allah Yang Maha Agung. Allahu Akbar!

(IH)
Lihat sebelum ini,,,
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails