Monday, September 08, 2014

Ini Bukti: PKR Cipta Masalah Di Selangor - Abdul Hadi

Abdul Hadi Awang menjelaskan satu persatu isu berkaitan kemelut Menteri Besar Selangor yang menurutnya dicetuskan PKR.

Berikut adalah transkrip Dialog Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Rusila Terengganu seperti yang disiarkan oleh Terengganukini.

KEPADA mereka yang baru mengikuti Pas, merasakan gelombang yang berlaku sehari dua ini sangat teruk hingga ada yangg mabuk laut, yang pening. Saya mengikuti Pas sejak tahun 50an. Yang menyaksikan krisis menjatuhkan kerajaan Terengganu pada tahun 1961. Menyaksiakan krisis yang jatuhkan kerajaan Kelantan pada 1978.

Pas sendiri yang menerima masalah. Masalah dalaman kita sendiri, (tetapi) hingga (mampu) menumbangkan dua kerajaan negeri. Saya juga membaca krisis yang dialami Pas seawal ditubuhkan sebelum merdeka diambang pilihan raya pertama 1955 ketika presiden pertama kluar parti. Tahun 1960an Setiausaha Agung keluar parti. Peristiwa 1978 di Kelantan menyebabkan tujuh lapan orang pimpinan pusat keluar parti. Pas tidak goncang dan tidak jatuh.

Apa yang berlaku sehari dua ini sikit sangat. Kepada mereka yg baru nak belajar politik sudah rasa berat. Masalah yang berlaku di Selangor bukan masalah kita. Masalah yg dibuat oleh rakan kita yang kita terpaksa menolong untuk memikulnya.

Kita telah membuat keputusan untuk serahkan Selangor untuk dipimpin oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), rakan kita dalam pakatan rakyat. Telah berjaya memerintah satu penggal. Kerajaan yang bersih. Tidak ada ruang bagi kerajaan pusat untuk menghentam, kerana tidak ada kesilapan dan kesalahan.

Tiba-tiba dijadikan masalah. Mula-mula dikatakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kedekut, bakhil, payah bagi duit. Saya jumpa beliau. Dia kata duit negeri Selangor bukan duit saya. Itu duit rakyat. Saya tak boleh keluarkan duit itu dengan sewenang-wenang. Mesti mengikut peraturannya.

Pas memilih dan meyokong Tan Sri khalid jadi menteri besar kerana amanahnya. Ini sangat penting dalam kita memerintah kerajaan negeri. Kita berpengalaman di Kelantan, 20 tahun lebih di Kelantan, Tok Guru (Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat) jadi menteri besar.

Ada orang kita dok lupa Pas 20 tahun lebih di Kelantan. Dok memerintah kerajaan yang amanah. Kita lupa peranan pas di Kelantan. Dok ingat DAP yang baru sepenggal, dok ingat Selangor yang baru sepenggal.

Kita memerintah Kelantan dalam kedaan hasil negeri tak ada. Negeri yang miskin. Pendapatanya tak banyak. (Tetapi) boleh perintah 20 tahun lebih. Pulau Pinang hasil banyak, kaya. Selangor hasil banyak, baru sepenggal. Nak masuk dua penggal. Ada orang kita rasa ek (berlagak). Orang Pas rasa ek (berlagak). Mengapa kita tak berasa ek (berlagak) 20 tahun kita perintah Kelantan? Dalam keadaan negeri yang miskin, yang tak ada hasil.

Sepatutnya kita kena sedar diri kita sendiri. Ini kerana kita baru nak belajar politik. Termasuk yang kita latih jadi pemimpin, yang baru nak belajar politik. Ini persoalannya. Kemudian Tan Sri Khalid dituduh dengan tuduhan-tuduhan yang disebut dalam media. Buat dialog dengan ADUN-ADUN, dengan Ahli Parlimen. Setelah dibuat dialog, beliau mnejawab. Ahli Parlimen, ADUN-ADUN kemukakan soalan. Tan Sri Khalid jawab dengan dibantu pegawai-pegwai dan staf jabatan menteri besar dan GLC.

Ramai kalangan ahli politik ini bukan ahli ekonomi. Bukan ahli korporat. Kita tahu, sepatutnya kita jangan bercakap dalam perkara yang kita tak tahu. Kalau kita bercakap perkara yang kita tak tahu, nampak bodoh kita.

Diputuskan supaya Menteri Besar Selangor dihadapkan ke dalam panel Majlis Pakatan Rakyat, Majlis Presiden. Dibuat malam Jumaat. Setiap hari jumaat saya megajar. Kenapa pula buat malam Jumaat? Susah. Hari Jumaat saya megajar. Saya baru balik dari luar negara, saya terpaksa pergi ke Kuala Lumpur untuk jadi ahli panel yang sama. Pas tiga orang, DAP tiga orang, PKR tiga orang.
Jadi wakil untuk berdepan dengan Tan Sri Khalid, Menteri Besar Selangor. Dari Pas ialah Datuk Mustafa Ali, Salehudin Ayub, Naib Presiden dan saya.

(Dari) PKR, (Datuk Seri) Anwar, Saifudin Nasution dan Rafizi Ramli. Dari DAP, Lim Kit Siang, Tony Pua, Tony Loke. Berdepan dengan Tan Sri Khalid. Dikemukan seolan-soalan, dan beliau jawab soalan ini.

Semua soalan di jawab. Dan beliau lepas jawab. Jawapan beliau lepas. Hingga tak da hujah bagi pihak yang menyoal dia. Semua yang hadir bersetuju. Bersetuju dengan jawapan-jawapan dia. Didapati dia perlu dibantu untuk menyelesaikan masalah di Selangor. Itu keputusannya.

Kita dikejutkan supaya dikosongkan satu kerusi di Kajang. Kerusi yang sudah kita menang. ADUN diminta letak jawatan, kita diberitahu, tak da mesyuarat pun. Sa sa kita diberitahu. Kita menyatakan kita tak setuju.

Ini bukan cara dia. Pilihan raya dah lepas. Rakyat baru lagi masuk pilhan raya, ni pilihan raya pula. Ini tak betul. Dan dibuat keputusan pilihanraya. Oleh kerana kita sama-sama dalam pakatan rakyat kita kerah anak-anak buah bekerja. Pergilah berkempen, menanglah calon. Dan kita sudah buat satu resolusi, Pas akan ikuti pilihan raya di Kajang, akan bekerja. Masalah siapa menteri besar tidak berbangkit. Ini keputusan. Masalah menteri besar tidak berbangkit.

Lepas beberapa hari (pilihan raya) timbul masalah menteri besar. Nak tukar menteri besar. Mula tersebar surat-surat tuduhan terhadap menteri besar itu. Kita sebagai sebuah parti Islam mesti tuduhan itu disaksikan, diolah dengan adil. Kalau tak diolah dengan adil, nak hukum begitu sahaja, zalim kita. Kita baca al –Quran. Jangan cenderung kepada orang zalim nanti disambar api neraka. Kita parti Islam kita baca (al Quran).

DAP bukan parti Islam. PKR kita tak tahu lah dia rujuk dak kepada ayat Quran. Ni terpulang pada dia lah. Kita (Pas) kena tengok ayat-ayat Quran ini.

Maka berlakulah krisis. Yang dicalonkan, di mana Majis Syura Ulama buat keputusan tak setuju dengan calon ini kerana bercanggah dengan hukum islam. Syarat hukum Islam mesti seorang yang layak. Yang mampu untuk memikul jawatan ketua kerajaan.

Nabi sebut dalam hadis:
  • “Barang siapa yang mewakilkan urusan Islam dia melantik seseorang memegang jawatan bukan kerana kelayakan, tetapi kerana kecenderungan dia, kerana sebab-sebab puak dia, bukan kerana kebolehan dia, tuhan tak terima tebusan duit, tebusan apa, hingga diserat ke neraka jahanam.”
Orang Pas sanggup kah? Kita orang Pas kita parti Islam, kita tak boleh terima. Maka berlakulah pergolakan sehingga hari ini. Kita kena berpegang bahawa Pakatan Rakyat berpihak pada asas-asas yang termaktub dalam perlembagaan.
  • Pertama mendukung demokrasi. 
  • Kedua memegang konsep dan prinsip Islam agama persekutuan dan 
  • yang ketiga ialah raja berpelembagaan.
Bukan dilihat Islam sahaja, termasuk raja berpelembagaan. Kita tidak boleh jadikan raja macam tunggul kayu. Tidak boleh! Peranan raja ada. Tetapi ada kalangan puak-puak kita ni nak buat raja macam tunggul kayu, Itu tidak boleh. Tak boleh tak izin sekali-kali. Tak boleh letak raja ini, huduh macam mana pun, nak buat dia macam tunggul kayu. Tidak boleh. Mesti ada peranannya. Bukan kerana saya fanatik, taksub. Tidak. Akhlak kena begitu. Terutama akhlak kita orang Melayu sebagai orang Islam.

Ini kena faham. Dengan sebab itu ahli-ahli kita kena faham bila berlaku hak yang macam ini Nabi berkata:
  • “Kamu laksana berada dalam satu bahtera, ada orang yang duduk di petak di atas, ada orang yang duduk di petak yang bawah, lalu orang yang duduk di petak di bawah ada masalah dengan orang yang duduk di petak di atas, kerana payah nak dapat air sangat. Lalu orang petak bawah ni kata, kalau nak deras dapat air, kita ambik kapak tebuk kapal. Tebuk kapal dapat air cepat, kapal pun tenggelam, habis mampus belaka. Atau pun kita sabar, jangan tebuk kapal itu, kita sabar, semua yang ada selamat. Yang duduk petak atas selamat, yang duduk petak bawah selamat.”
Kita kena jaga yang ada puak-puak kita bila ada gelombang kuat nak tebuk kapal. Dia kena jaga, jangan ada nak tebuk kapal ini.

(Dialog Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Rusila Terengganu seperti yang disiarkan oleh Terengganukini.)

4 comments:

  1. Ciri-ciri ulamak munafik:

    AMANAT HADI

    SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN

    PERCAYALAH,

    KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO. KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL BUKAN KERANA DIA LAMA MEMERINTAH KERAJAAN. KITA MENENTANG DIA IALAH KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH, MENGEKALKAN UNDANG-UNDANG KAFIR, MENGEKALKAN PERATURAN JAHILLIYAH. OLEH KERANA ITULAH KITA MENENTANG MEREKA. OLEH KERANA ITULAH KITA MENGHADAPI MEREKA. OLEH ITULAH KITA CUBA BERLAWAN DENGAN MEREKA.

    PERCAYALAH SAUDARA-SAUDARA SEKELIAN,

    PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, UCAPAN KITA ADALAH JIHAD. BERGANTUNGLAH KITA KEPADA ALLAH DENGAN MENGHADAPI PUAK-PUAK INI KERANA KALAU KITA MATI MELAWAN PUAK-PUAK INI, MATI KITA ADALAH SYAHID. MATI KITA ADALAH ISLAM.

    KITA TIDAK PERLU MASUK BUDDHA, KITA TAK PERLU MASUK HINDU, KITA TAK PERLU MASUK KRISTIAN. TAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGAMALKAN `POLITIK SUKU, AGAMA SUKU'.

    ReplyDelete
  2. Sampaikan walau 1 ayat...

    LARANGAN BERBOHONG

    Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

    "Biasakan kamu berkata benar kerana kebenaran itu menuntun kepada kebaikan dan kebaikan itu menuntun ke syurga, dan seseorang itu selalu berkata benar sehingga dicatat disisi Allah s.w.t. sebagai sdiddiq dan awaslah kamu dari dusta kerana dusta itu menuntun kepada lacur (kejahatan) dan kejahatan itu menuntun kedalam neraka dan seseorang itu biasa berdusta sehingga dicatat disisi Allah s.w.t. sebagai pendusta."

    Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: "kamu anggap orang itu munafiq dengan tiga tanda iaitu:

    ~Jika berkata ia berdusta
    ~Bila berjanji ia mungkiri
    ~Jika berjanji sumpah ia langgar

    Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Malik berkata: ketika Luqmanul-Hakim ditanya:

    "Apakah sebab sehingga kamu dapat mencapai kedudukanmu itu?" Jawab Luqman:

    "Dengan benar dalam berkata-kata dan menunaikan amanat dan meninggalkan apa yang bukan kepentinganku."

    Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Shafwan bin Sulaim berkata Rasulullah s.a.w. ditanya:

    "Apakah orang mukmin yang dapat menjadi penakut?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ya."

    Ditanya pula: "Apakah mungkin seorang mukmin itu pendusta?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Tidak." Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ubadah bin Ashshamit r.a. berkata Rasulullah s.a.w. ditanya:

    "Jagalah enam macam untuk dirimu sendiri, saya dapat menjamin untukmu syurga. Enam perkara itu ialah:

    ~Benar-benarlah jika berkata-kata
    ~Tepatilah jika berjanji
    ~Tunaikan amanat
    ~Jagalah kemaluanmu
    ~Pejamkan matamu
    ~Jagalah tanganmu

    ReplyDelete
  3. he..he.. macam-macam..

    Mahfum nya kena hidung sendiri, babit dan salahkan orang lain, terutama kepada yang di anggap musuh, Islam pula.

    Kaum kafirun harbi di timang-timang dan di peluk cium !

    Kerja mungkar yang di lakukan depan mata, semua di canang indah belaka. Ini lah sikap paling MUNAFIK besar.

    Ini lah masaalah yang melanda, tidak kira mana parti politik pun. Cuma beza di Malaysia, tahu salah tetap mendabik dada, RIAK ! Jika di Jepun, Korea dll, ahli-ahli politik mereka lebih bertanggung jawab. Bersalah, mengaku dan terus letak jawatan.

    Siaoa yang mencipta masaalah ini ? Percaya lah. Jika di biar berleluasa, semua akang di tebas nya... mana suara demokrasi yang di dendangkan?

    Saya bercakap di atas platfom Melayu Islam. Tiada kena mengena dengan fahaman politik. Bermuhasabah lah...

    ReplyDelete
  4. Takdak ka Ulama lain buleh ganti Tok Wan Hadi. Monotone.

    ReplyDelete