Monday, September 01, 2014

Kehilangan 2,000 Nyawa, UMNO Palestin Tuduh Hamas Bersalah.

Abbas sebut Hamas bersalah atas tewasnya 2.000 nyawa warga Gaza
Mahmud Abbas, pemimpin perjuangan kebangsaan Pakestin. Kalau di Malayia hampir sama dengan UMNO.

Presiden Palestin Mahmud Abbas, ialah pemimpin perjuangan kebangsaan Pakestin. Beliau.menuduh Hamas sebuah gerakan Islam Palestan menyebabkan kematian ribuan orang yang sepatutnya tidak perlu, akibat perang di Gaza dengan waktu lebih dari diperlukan.

Abbas berkata semua korban jiwa boleh dielakkan dan menyalahkan Hamas telah sia-sia memperluaskan perang dengan Israel, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail, Sabtu (30/8).

Pernyataan Abbas ini datang di saat ratusan militan Islam Palestin ambil bahagian dalam perarakan buat merayakan "kemenangan" atas Israel di Bandar Gaza semalamAnak-anak kelihatan mengacukan senjata di saat pejuang dari Brigade Al-Quds, sayap tentera organisasi Jihad Islam Palestin, berbaris di jalan-jalan.

Israel dan pejuang Hamas berperang selama 50 hari sebelum mencapai gencatan senjata pada Selasa minggu ini, dengan kedua-dua pihak menyatakan kemenangan atas perang kali ini.

"Sangat mungkin bagi kita untuk mengelakkan semua itu, 2,000 mati, 10,000 cedera, 50,000 rumah (rosak atau hancur)," kata Abbas kepada TV Palestin dua hari lalu.

Lebih daripada 2,100 warga Palestin terbunuh, termasuk beratus-ratus orang awam. Sementara hanya 71 orang di pihak Israel, termasuk enam orang awam, yang terkorban.


Kalau di Malaysia parti  perjuangan kebangsaan Melayu yang terkenal ialah UMNO. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails